Lelaki jumpa objek misteri mengandungi rambut dan gigi, netizen desak kembalikan ke tempat asal

Iklan
Lelaki jumpa objek misteri mengandungi rambut dan gigi, netizen desak kembalikan ke tempat asalLelaki jumpa objek misteri mengandungi rambut dan gigi, netizen desak kembalikan ke tempat asalLelaki jumpa objek misteri mengandungi rambut dan gigi, netizen desak kembalikan ke tempat asalLelaki jumpa objek misteri mengandungi rambut dan gigi, netizen desak kembalikan ke tempat asalLelaki jumpa objek misteri mengandungi rambut dan gigi, netizen desak kembalikan ke tempat asalLelaki jumpa objek misteri mengandungi rambut dan gigi, netizen desak kembalikan ke tempat asalLelaki jumpa objek misteri mengandungi rambut dan gigi, netizen desak kembalikan ke tempat asalLelaki jumpa objek misteri mengandungi rambut dan gigi, netizen desak kembalikan ke tempat asal

AMALAN ilmu sihir bukanlah sesuatu yang asing dan baru dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Malah amalan ilmu hitam ini telah lama berleluasa berikutan ketiadaan perundangan khusus yang boleh menghukum si pelakunya.

Kepercayaan supernatural atau supranatural berlaku apabila seseorang itu mempercayai akan wujudnya satu sumber kuasa atau tenaga yang berada di dalam dunia ghaib dan luar biasa selain dari dunia nyata tetapi mempunyai pengaruh serta kesan amat kuat dalam kehidupan manusia.

Iklan
Iklan

Jangan ingat perkara tersebut hanya berlaku dalam masyarakat kita di Malaysia, hakikatnya ilmu sihir ini juga pengamalnya meluas di serata pelusuk dunia.

Sebagai contoh baru-baru ini seorang penggali peninggalan antik telah menemui sebuah botol yang menyeramkan di New Orleans, Amerika Syarikat. Dia mempercayai bahawa botol tersebut adalah sebuah botol sihir selepas melihat isi kandungannya.

Iklan

Individu yang hanya dikenali sebagai Shane Mears di laman Facebooknya mempunyai minat yang agak unik yang mana dia gemar menghabiskan masa lapangnya meneroka bekas kawasan-kawasan perumahan yang telah dirobohkan dengan harapan akan menemui sesuatu yang menarik.

Iklan

Itulah yang ditemui lelaki berusia 52 tahun itu baru-baru ini, apabila dia berkongsikan melalui satu posting ‘panas’ di Facebooknya  yang mendakwa dia telah menemui botol sihir daripada tanah lumpur di barat sungai Mississippi.

Objek misteri itu dikatakan mengandungi gigi, beberapa helai rambut manusia, kumbang dan mungkin air kencing.

Mears menjelaskan bahawa botol tersebut ditemui di daerah di mana wujud perumahan di kawasan itu pada pertengahan tahun 1800-an. Botol itu juga dipercayai berasal dari zaman itu juga.

Walaupun teruja dengan penemuan itu, rata-rata orang ramai yang meninggalkan komen mendesak Mears yang juga merupakan seorang pelayan bar untuk mengembalikan botol itu ke tempat asalnya.

Antaranya ada yang mengatakan bahawa segala benda buruk akan berlaku jika lelaki tersebut campur tangan dengan tujuan objek tersebut.

Ada juga yang mengatakan bahawa dia sepatutnya mengambil gambar sahaja dan tidak perlu membawanya pulang.

Walau bagaimanapun, Mears mendakwa bahawa objek seperti itu mungkin telah digunakan sebagai jampi untuk melindungi harta tanah pada zaman itu. Dia juga tidak menolak kemungkinan bahawa objek misteri itu digunakan untuk voodoo.