'Tolonglah tutup aib kami...' - Ibu remaja lelaki video viral nangis rayu warganet

Iklan
'Tolonglah tutup aib kami...' - Ibu remaja lelaki video viral nangis rayu warganet

SELEPAS Nora Ariffin membuat pengakuan telah menghukum anaknya dengan hukum agama, kini remaja lelaki yang dikenali Zuher pula tampil memohon maaf kepada seluruh keluarga Nora berikutan insiden tersebut.

Dalam pada itu, ibu Zuher juga membuat video permohonan maaf secara terbuka kepada Nora sekeluarga dan turut menjawab persoalan mengapa dia dan keluarganya sebelum ini hanya mendiamkan diri apabila video tersebut viral di media sosial.

Iklan
Iklan

Wanita yang dikenali Maya itu menjelaskan bahawa mereka belum mendapat kekuatan dan bersedia untuk berhadapan dengan orang ramai.

Iklan

Dia turut memohon jasa baik netizen untuk berhenti berkongsi video tersebut di mana-mana platform bagi menjaga aib kedua-dua pihak.

Artikel berkaitan: Saya sudah menghukum anak saya mengikut hukum agama – Nora

Iklan

Artikel berkaitan: ‘Kami akan bersemuka dengan keluarga remaja lelaki itu’ – Anak sulung Nora

Artikel berkaitan: ‘Dengan penuh rasa terkilan…’ – Nora ulas isu anak

Moga perkara ini menjadi pengajaran kepada kita semua di luar terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak masih remaja.

Terdahulu video sepasang remaja sedang bercumbu tular di media sosial dan menjadi perbincangan di kalangan netizen.

Ia bertambah hangat apabila remaja perempuan dalam video terbabit dikatakan anak kepada Nora yang kemudiannya turut menjadi tumpuan netizen melemparkan pelbagai kecaman.

Tidak mengambil masa yang sama, Nora tampil membuat pengakuan remaja perempuan terbabit merupakan anaknya dan meluahkan rasa kesalnya atas apa yang berlaku.