‘Kami akan bersemuka dengan keluarga remaja lelaki itu’ – Anak sulung Nora

'Kami akan bersemuka dengan keluarga remaja lelaki itu' - Anak sulung Nora
September 4, 2020
Oleh Faezah Muda

BERIKUTAN penyanyi Nora Ariffin mengakui remaja yang tular kerana video bercumbu semalam merupakan anak gadisnya, hari ini, anak sulungnya pula tampil memberi kenyataan.

Menerusi satu ciapan di Twitter miliknya, Mohd Syakir Iman mengatakan pihaknya akan bertemu dengan keluarga remaja lelaki itu.

“InshaaAllah petang ini kami akan bersemuka dengan keluarga budak lelaki itu.

“Walaupun ada yang sudah membenci dan mencaci adik dan mak saya, saya mohon jasa baik anda untuk tidak share video yang sedia ada, dan doakan kami semua InshaaAllah,” tulisnya.

Iklan

Artikel berkaitan: ‘Dengan penuh rasa terkilan…’ – Nora ulas isu anak

Menurutnya, hal tersebut memang salah dan dosa mereka berdua.

Iklan

“Moga jadi pengajaran buat dia. Internally, family aku memang dalam usaha membendung hal ni.

“Kami berhasrat untuk menangani perkara ini secara dalaman dan berharap pihak lain memahami dan menghormati keputusan kami. Kami akan melakukan yang terbaik untuk mengelakkan perkara ini berulang,” ujarnya.

Mohad Syakir Iman turut berpesan buat netizen yang ada anak perempuan supaya dapat menjaga dengan baik.

Sebelum ini, penyanyi yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu mengakui kesal terhadap apa yang berlaku dan seterusnya berharap insiden tersebut dapat menjadi pengajaran buat anak ketiganya, Putri Nur Dahlia, 16, itu untuk menjadi insan yang lebih baik.

Rata-rata warganet banyak meninggalkan ciapan memberi semangat dan kata-kata positif.

The best way, 1 to 1 talk dengan your sis but make sure jangan libatkan emosi. Cuba mendidik dia, bukan menghukum. Paling penting, jaga emosi your mom.

– NR @naddyrazman, 4 September 2020

 

Stay strong bro,aku harap segalanya berjalan dgn lancar and lps ni aku harap kau tegas sikit ajar adik2,aku pun ada adik perempuan bro tapi aku ajar dorang dgn cara yg kalau tak dgr mmg tangan makan dia,sampai dorang dah bsr bekerja skrg ni still takut bila aku jeling.

 

– Sam @easysam_, 4 September 2020

Be strong bro , you got thissFlexed biceps if ada 1 advice yg aku boleh bagi for now is dont make a decision when you’re angry . Be patient & mature , trust in Allah

– Nazirin Khairuddin @nazirinkhrddn, 4 September 2020