KELIHATAN pekerja-pekerja hanya duduk bermain telefon di ruangan bar yang kosong.
Pulau pelancongan Phuket yang terkenal di dunia itu lengang terkesan oleh wabak pandemik Covid-19 melanda negara.
Kata seorang pemilik lima kelab malam dan 600 bilik hotel, Preechawut Keesin, ketika ini, hampir semua 3000 hotel di pulau ini ditutup dan bandar utama Patong telah menjadi 'ghost town'.
Thailand setakat ini masih terkawal dengan wabak global sekitar 3,600 kes dan disahkan hanya beberapa puluh kematian.
Pengurus bar Pum Pui, Jantima Tongsrijern turut berkata, majikan cuba membantu staf menjaga pekerjaan namun tidak tahu dapat bertahan atau tidak menjelang hujung tahun ini.
Pada waktu biasa, 80 peratus keuntungan pulau itu berasal dari pelancongan, sektor yang mempunyai pekerja lebih daripada 300,000 orang.
Ada yang menerima pemotongan gaji yang besar, sementara yang lain tidak mempunyai banyak pilihan selain mencari kerja di pusat-pusat penjualan makanan untuk mendapatkan sedikit wang.
Pemilik bar, Orathai Sidel mengatakan dia pada kebiasaan sebelum ini menghasilkan 100,000 baht sebulan.
Namun kini dia terpaksa menjual pencuci mulut menggunakan troli di jalanan dengan hanya mendapat 100 baht sehari untuk menanggung kos sekolah anak-anaknya.
Sebelum berlakunya wabak ini, pelancong dari dalam negeri hanya menjangkau 30 peratus mengunjungi Phuket, justeru industri pelancongan tempatan perlu memikirkan kembali model
perniagaannya.
Pakej percubaan sudah ditawarkan kepada pelancong domestik dengan harga serendah 1000 baht selama dua malam, termasuk penerbangan dari Bangkok - tetapi harga terendah itu kemungkinan hotel tidak mendapat keuntungan.
Sumber foto: Sergei Konovalov