Tragedi kanak-kanak perempuan 2 tahun dipukul sehingga mati oleh ibu kandung dan bapa tiri…

Iklan
Bayi 22 bulan diracun dan dipukul ibu dan bapa tiri, 3 bukti dijumpai

MASIH ingat lagi tak tentang tragedi seorang kanak-kanak perempuan berusia hampir dua tahun yang meninggal dunia akibat dipukul oleh ibu kandung dan bapa tirinya pada tahun 2017?

Ia mengingatkan penulis pada kes pembuangan bayi yang nampaknya semakin menjadi-jadi ketika ini.

Iklan
Iklan

Bezanya, kanak-kanak perempuan malang yang diberi nama Eve Leatherland itu, tidak dibuang sebaliknya, telah dicederakan dengan begitu teruk dan zalim sekali. Kecederaan itu diumpamakan seperti si mangsa mengalami kemalangan jalan raya.

Iklan

Di mana ibu bapa mereka ketika itu? Jawapannya, mereka sedang bermain game dan asyik berbual dengan rakan-rakan di Facebook.

Ketika dibawa ke kamar mahkamah, juri mendengar betapa buruknya perlakuan ibu bayi kanak-kanak itu.

Iklan

Seorang Pakar Histopatologi, Prof David Mangham memberitahu juri bahawa beliau menemui bukti bahawa Eve sekurang-kurangnya telah diserang sebanyak tiga kali sehingga menyebabkan kecederaan teruk kepada kanak-kanak itu.

David juga menggambarkan bagaimana bayi kecil berkenaan menderita kerana patah 12 tulang rusuk, patah dua tulang tengkorak dan kecederaan dalaman lain.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Al-Quran tak terbakar walau rumah hangus dijilat api, Allahu!

Sementara itu, peguam pendakwa, Sean Brunton memberitahu hakim, Eve yang dibunuh di rumahnya sendiri didapati mengalami kecederaan yang digambarkan oleh pakar perubatan sebagai jenis kecederaan yang sering dikaitkan dengan kemalangan jalan raya.

Ibu kandung kanak-kanak tersebut, Abigail Leatherland, 27, dan ayah tirinya, Tom Curd,

32, didakwa membunuh anak mereka itu. Namun mereka mengaku tidak bersalah.

Mengikut laporan Metro.co.uk pada 16 November 2019, sehingga tarikh itu, Abigail dihukum penjara tiga tahun atas kesalahan membiarkan anaknya mati manakala Curd pula dihukum penjara minimum 20 tahun atas kesalahan membunuh.

SinarPlus berharap tiada kes sebegini terjadi di negara kita. Pendedahan cerita ini sebagai pengajaran supaya kita menjaga amanah dariNYA ini dengan baik dan sempurna.