HANYA kerana duit dan meraih populariti murahan, seorang lelaki dilaporkan sanggup mendera pasangannya yang sedang hamil sehingga maut.
Ya! Sangat kejam dan tidak berhati perut! Sedangkan binatang pun saling menyayangi antara satu sama lain ini kan pula manusia. Mana agaknya hilangnya nilai keperimanusiaan dan sifat kasih sesama manusia?
Perkara zalim itu dilaporkan berlaku di Rusia apabila seorang YoTtuber yang dikenali sebagai Stas Reeflay dikatakan sanggup mendera pasangannya, Valentina Valya Grigoryeva sehingga mati dan disiar secara langsung di saluran YouTube miliknya.
Memetik laporan Mirror UK , Stas melakukan kekejaman itu secara live bagi meraih wang dengan cepat setelah dibayar sejumlah USD1,000 (RM4,072.60) daripada salah seorang penonton.
Penonton menawarkan sejumlah wang tersebut bagi melihat Valva diseksa dengan cara ditinggalkan di luar rumah yang mana keadaan kawasan luar ketika itu berada di bawah suhu 0 darjah celcius.
Lebih sadis, mangsa ditanggalkan pakaian dan hanya memakai pakaian dalam ketika kejadian.
Akibat terdedah dengan keadaan sejuk yang melampau, Valya disahkan mengalami hipothermia iaitu keadaan badan kehilangan haba lebih cepat daripada ia menghasilkan haba dan akhirnya meninggal dunia di tempat kejadian.
Menerusi video live tersebut, Stas dilihat bertindak memaksa pasangannya berbuat demikian seperti apa yang dikehendaki penonton dan mengunci mangsa di balkoni luar rumah selama 15 minit.
Disebabkan suhu yang terlampau sejuk, Valva menutup badannya dengan menggunakan jaket namun tindakannya dimarahi oleh Stas.
Selepas 15 minit, Stas dilihat mengheret Valva masuk semula ke dalam rumah yang terbujur kaku dan tidak menunjukkan tanda-tanda tindak balas.
Panik dengan situasi yang berlaku, Stas juga cuba berkali-kali memanggil Valya dan turut melakukan bantuan pernafasan (CPR) dan menyelimutkan Valya.
Malang usha yang dibuat telah terlambat dan ternyata sia-sia. Valya ketika itu tidak lagi memberikan sebarang respon dan dilaporkan meninggal di tempat kejadian.
Stas akhirnya telah ditahan dan akan disiasat oleh pihak berkuasa. Jika sabit kesalahan, dia bakal dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atas perbuatan tersebut.
Dalam pada itu pihak YouTube juga tampil membuat penerangan dan pihaknya memaklumkan akan membuang semua video insiden tersebut di platformnya.
Pihak YouTube juga terkejut apabila dimaklumkan mengenai insiden tragik ini. Konten sebegini sememangnya tidak akan diterima.
Youtube juga akan terus membuang dan menamatkan mana-mana akaun yang memuat naik kembali video berkenaan.
Awas! Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran. Bukan semua perkara yang mendatangkan wang dengan mudah itu boleh dibuat tanpa sebarang pertimbangan.
Sumber : mirror.co.uk