KEJAM dan tidak berperikemanusian! Begitulah yang boleh digambarkan dengan tindakan seorang wanita ini.
Gracie Crowder yang berusia 19 bulan ditemui dengan luka terbakar yang mengerikan di rumah keluarganya di Mansfield, Notts, England pada Mac lalu.
Suspek dikenali Katie Crowder, 26, bertindak mencurahkan air panas ke atas bayi malang itu ketika dia berada di dalam kolam.
Bayi itu dilaporkan menangis dan menanggung kesakitan yang teramat sangat.
Baca juga Kekayaan yang dimiliki tak membuatkan mereka alpa, berikut 5 hartawan Muslim yang sangat dermawan
Difahamkan hampir satu jam kemudian, barulah suspek berlari menuju ke rumah ibu bapanya yang terletak di kawasan berhampiran.
Dengan panik memberitahu ibu bapanya 'dia dah mati, dia dah mati'. Apabila ibu bapanya bertanya dengan apa terjadi, dia hanya bertindak seolah tidak tahu apa-apa.
Malah suspek juga memberitahu pihak polis dia hanya menemui bayi itu sudah terbaring di sebelah baldi berisi air panas yang diletaknya di dalam bilik air ketika membersihkan anak anjingnya.
Difahamkan, tubuh badan bayi itu melecur hampir 65% dan disahkan meninggal dunia.
Selain itu, pihak berkuasa juga menemui dadah jenis kokain dalam badan suspek malah pakar psikiatri juga mendakwa suspek memang mengalami masalah depresi dan mental.
Sementara itu, suspek akhirnya ditahan pihak polis berhubung kes pembunuhan itu dan telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Hakim, Jeremy Baker mengatakan perbuatan itu terlalu zalim dan tragis, sambil menambah bayi kecil itu mengalami kesakitan yang sangat.