Senarai 5 bencana besar melanda dunia tahun ini

Iklan
Senarai 5 bencana besar melanda dunia tahun ini

PELBAGAI bencana melanda dunia tahun ini. Bukan hanya satu atau dua tragedi antarabangsa yang menjadi tumpuan dunia.

Contohnya, kebakaran yang melanda Australia dari 2019 hingga 2020. Kemudian pandemik Covid-19 yang belum berakhir hingga sekarang.

Iklan
Iklan

Berikut rangkuman lima bencana yang telah berlaku di seluruh dunia dan menjadi tumpuan sepanjang tahun 2020;

1. Kebakaran hutan di Australia

Iklan

Pada pertengahan 2019 hingga awal 2020, Australia mengalami kebakaran hutan secara besar-besaran.

Kebakaran belukar bermula pada bulan September 2019.

Iklan

Namun, disebabkan cuaca panas dan kering 40 darjah Celsius, musim kemarau yang panjang dan angin kencang menjadikan api marak tersebar lebih cepat.

Kerosakan, ukuran dan kesan kebakaran kali ini juga jauh lebih besar.

Seperti yang dilaporkan oleh The Sydney Morning Herald memetik busseltonmail.com.au pada 25 Januari lalu, 25 orang telah meninggal dunia sejak musim kebakaran hutan di New South Wales.

Secara keseluruhan, lebih daripada 18.6 juta hektar tanah dibakar di seluruh wilayah enam negeri di Australia.

Kompas.com turut melaporkan bahawa kira-kira satu bilion haiwan juga kehilangan nyawa akibat kebakaran.

Walau bagaimanapun, dianggarkan bahawa jumlah haiwan yang terjejas oleh kebakaran hutan di Australia melebihi angka ini.

Baru-baru ini, Australia telah mengeluarkan senarai haiwan terancam dan memerlukan intervensi darurat untuk pemulihan itu.

3. WHO sahkan virus Corona (Covid-19) sebagai Kecemasan Kesihatan Sedunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa kadar kematian akibat Covid-19 adalah sekitar 2 peratus pada 30 Januari.

Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO, Michael Ryan berkata, pertambahan jangkitan Covid-19 menjadi perhatian.

Menurut CBSNEWS, Michael Ryan mengatakan virus yang agak ringan boleh menyebabkan banyak kerosakan jika banyak orang dijangkitinya.

Seterusnya, jangkitan wabak itu melalui manusia ke manusia yang berlaku di luar China menjadi perhatian utama WHO.

Jawatankuasa Kecemasan WHO mengadakan mesyuarat pada hari 30 Januari bagi menentukan apakah virus Covid-19 harus diisytiharkan sebagai darurat kesihatan awam dan menjadi perhatian antarabangsa.

Menurut Michael Ryan, pertemuan itu merupakan langkah pertama yang perlu bagi WHO untuk terus ke hadapan.

Dengan pertemuan itu, Ryan menambah, sokongan antarabangsa yang lebih besar dapat merangkumi pengembangan vaksin.

Baca juga Demi menanggung kos ibu bapanya yang sakit, pemuda ini terpaksa curi emas. Apa yang terjadi selepas itu?

5. Penduduk India terdedah kepada gas beracun

Sebelas orang di India mati akibat gas beracun dalam kebocoran gas di kilang kimia di negeri Andhra Pradesh, India Selatan pada 7 Mei.

Sementara itu, ratusan manusia berada dalam keadaan kritikal dan kira-kira sepuluh ribu penduduk terjejas oleh gas beracun.

CNN melaporkan, Menteri Perindustrian, Perdagangan dan Teknologi Maklumat di Andhra Pradesh, menjelaskan kebanyakan orang mati ketika memandu atau berdiri di kawasan luar rumah.

Katanya, mereka tiba-tiba pengsan dan jatuh, sementara yang lain tidak sedarkan diri ketika tidur.

Dilaporkan, 11 orang telah disahkan meninggal dunia dan beratus-ratus yang lain dimasukkan ke hospital selepas kejadian di kilang LG Polymers.

Tiga daripada mereka yang mati adalah kanak-kanak.

Ahli Lembaga Pengurusan Bencana Nasional, Kamal Kishore turut berkata hampir seribu orang terkena gas secara langsung dan kira-kira 20-25 orang berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

Gas tersebut telah dikenal pasti sebagai Styrene, cairan mudah terbakar yang digunakan untuk membuat pelbagai produk industri, termasuk polistirena, kaca gentian, getah, dan lateks.

Pegawai kanan di daerah Vishakhapatnam, Tej Bharath mengatakan ketika pihaknya sampai ke kawasan tersebut, ramai orang yang telah terbaring dan tidak sedarkan diri. Mereka memindahkan kira-kira 1,000 orang dan membawa mereka ke hospital.

Sementara itu, dikutip laporan The Guardian, LG Corp mengeluarkan satu kenyataan di Korea Selatan beberapa hari selepas itu mengatakan telah tiada kebocoran gas.

Katanya, situasi kebocoran gas terkawal dan mereka sedang mencari kaedah untuk menyediakan rawatan segera bagi mereka yang menderita kerana gas yang bocor.

Sumber: Tribunnews