Wanita nyaris menemui ajal, bakar lilin wangi semasa tidur

Iklan

PADA masa kini, sememangnya tidak dapat dinafikan lilin berbau wangi menjadi pilihan ramai bagi menampilkan suasana yang mendamaikan di bilik tidur terutamanya.

Ia juga sangat mudah didapati sama ada di kedai-kedai sekitar pasar raya atau menerusi tempahan online mengikut cita rasa bau masing-masing antaranya bauan bunga lavender dan mawar.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, kongsi seorang wanita yang dikenali sebagai Liv Newman di akaun TikTok miliknya, dirinya hampir menempah ajal apabila tersedar daripada tidurnya dan mendapati hidungnya juga tersumbat.

https://www.tiktok.com/@livnewman__/video/6909208944837709058?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=6908393655808068866&sender_device=pc&sender_web_id=6909652495724873218&is_from_webapp=v2

Iklan

Kejadian malang itu berlaku disebabkan oleh kesilapannya yang membiarkan lilin itu menyala ketika tidur.

Iklan

Sedarnya daripada tidur, beliau mendapati ada kesan asap hitam pada hidungnya dan merasa sangat bingung.

Liv turut berkongsi kejadian sama pernah berlaku kepada seorang lagi individu bernama Farrah Lorrel Fraser pada Oktober tahun lalu.

Farrah tidak berhenti batuk sehingga mengeluarkan cecair gelap ketika sedar daripada tidurnya.

Setelah mendapat pemeriksaan doktor, paru-parunya telah dipenuhi dengan asap hitam sehingga memerlukan bantuan rawatan oksigen.

Sekiranya beliau terlambat mendapatkan rawatan, berkemungkinan dirinya sudah kehilangan nyawa.

Jadikan insiden tersebut sebagai pengajaran, moga bermanfaat.