JANGGUT adalah bulu atau rambut di dagu lelaki dan boleh dijaga sehingga kelihatan panjang dan lebat.
Namun persoalannya, bagaimana janggut tersebut boleh turut tumbuh di dagu seorang wanita?
Seperti yang terjadi di Nebraska, Amerika Syarikat, seorang gadis dikenali Klyde Warren, 27, mempunyai janggut tetapi dia sangat berkeyakinan tinggi.
Dia tidak akan mencukur janggutnya walaupun telah bertahun-tahun menderita.
Gadis yang bekerja sebagai penulis itu turut mengakui dia menerima pelbagai fitnah di aplikasi cari jodoh.
Walaupun begitu, dia menegaskan bahawa dia tidak akan berhenti mencari pasangan yang mencintai dan menerima keadaan janggutnya.
Penyebab kepada tumbuhnya janggut pada gadis itu masih misteri.
Selain itu, dia turut mengakui bahawa keadaanya sebegitu akan memberi kesan kepada kehidupan cintanya.
[caption id="attachment_41754" width="1024"] Harnaam Kaur.[/caption]
Menurut laporan Daily Mail, banyak lelaki sengaja menyukainya di aplikasi Tinder hanya untuk mengecamnya.
Mereka memberi mesej dan mengatakan betapa janggutnya menjijikkan dan ada yang menganggap dirinya unik.
Warren berkata, komen yang kerap seperti itu membuat dia kebal sehingga dia tidak begitu mempedulikannya.
Ibunya meminta untuk mencukurnya tetapi dia tidak peduli dan terus berusaha untuk menjaga kepercayaannya yang merasakan tidak ada masalah untuk menjadi sedikit berbeza.
Baca juga Kempen elak berbual dalam MRT, Singapura longgarkan sekatan Covid-19
Keadaan Warren dikenalpasti sebagai Hirsutisme di mana janggut hitam tebal tumbuh dari wajah ke perut.
Kemunculan Hirsutisme berlaku kerana peningkatan hormon yang disebut androgen, yang mana tubuh menjadi lebih sensitif.
Kejadian sebegitu turut dialami seorang wanita di Britain bernama Harnaam Kaur.
Kaur didiagnosis mengalami sindrom Ovarium Polikistik yang menyebabkan ketidakseimbangan pada tubuh, akibatnya rambut di seluruh badan, termasuk kawasan pipi dan dagu, tumbuh dengan cepat dan tebal.