India sekali lagi berdepan 'perang besar'!Lebih 2,000 kematian dalam tempoh 24 jam

Iklan
India sekali lagi berdepan 'perang besar'!Lebih 2,000 kematian dalam tempoh 24 jam

SUSULAN kenaikan kes baharu Covid-19 di India kini kembali melonjak tinggi, Singapura hari ini mengumumkan menghentikan semua ketibaan dari negara itu.

Menurut laporan Liputan 6 memetik Channel News Asia, Kementerian Kesihatan (KKM)nya berkata, semua pemegang pas lawatan jangka panjang dan pelawat jangka pendek dengan sejarah perjalanan baru-baru ini ke India dalam 14 hari terakhir tidak akan dibenarkan memasuki Singapura mulai 24 April.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ini termasuk pengunjung yang melintas di India dan semua yang telah mendapat persetujuan terlebih dahulu untuk memasuki Singapura.

Sementara itu ketua pasukan petugas kementerian, Lawrence Wong mengatakan sebilangan besar kedatangan baru dari India bekerja di sektor pembinaan, laut dan pemprosesan dan tinggal di asrama.

Iklan

Selasa lalu, India merekodkan lebih 2,000 kematian akibat Covid-19 dengan hampir 300,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Iklan

Ia antara angka tertinggi pernah dicatatkan di seluruh dunia sejak tercetusnya pandemik itu.

Data kementerian kesihatan menunjukkan 295,000 kes baharu dalam 24 jam setara dengan angka yang direkodkan di Amerika Syarikat (AS) pada Januari.

Angka 2,023 kematian itu menjadikan jumlah kematian di negara itu sebanyak 182,553.

Katanya, situasi terkawal hingga beberapa minggu lalu sebelum gelombang kedua Covid-19 datang seperti ribut.

Biarpun bandar di India sesak dan rawatan kesihatannya di tahap buruk, India berjaya menghindari wabak yang sudah membunuh lebih dari tiga juta orang di seluruh dunia pada awalnya.

Namun, berlaku perhimpunan besar-besaran sejak beberapa minggu kebelakangan ini yang dihadiri jutaan orang ramai seperti festival keagamaan Kumbh Mela, himpunan politik serta majlis perkahwinan dan pertandingan kriket.

Baca juga Permainan tradisi kanak-kanak Indonesia main bazooka masih diteruskan bagi meriahkan Ramadan

Kini, ada ahli keluarga dipaksa untuk membayar harga yang terlalu tinggi di pasaran gelap untuk ubat-ubatan dan bekalan oksigen, manakala kumpulan WhatsApp dibanjiri ramai individu yang meminta bantuan.

Susulan keadaan semasa, Amerika Syarikat (AS) menyarankan penduduknya tidak melakukan perjalanan ke India, termasuk bagi mereka yang sudah menerima dos vaksin lengkap.

Selain itu, Britain pula sudah meletakkan India ke dalam senarai merah serya Hong Kong dan New Zealand juga mengambil langkah berhati-hati dengan melarang penerbangan dari India.

Justeru, orang ramai dinasihatkan terus mengamalkan SOP yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang juga semakin meningkat di negara kita.