PEJAM celik pejam celik, sudah 10 hari umat Islam menyambut bulan mulia Ramadan dengan berpuasa, solat terawih dan qiammulail.

Untuk minggu-minggu terakhir nanti, memang tidak sah jika tidak dimeriahkan dengan tradisi hiasan lampu pelita pada malam tujuh likur.

Suasana di kawasan kampung pula pasti bergema dengan bunyi meriam buluh. (Namun, SinarPlus tak menggalakkannya ya, sekadar bercerita sahaja.)

bazooka ramadan

bazoka ramadan

Di sekitar kawasan bandar pula mungkin setakat kerdipan cahaya bunga api.

Pernah dengar bazooka tak? Di Desa Grajagan, Kecamatan Purwoharjo di Jawa Timur seperti yang dilaporkan oleh Jawapos, mereka bermain bazooka menggunakan tin telah menjadi tradisi anak-anak kecil di sana.

Bekas tin terpakai yang telah diubah suai menjadi bazooka itu dikatakan antara permainan alternatif buat anak penduduk di sana menjelang waktu petang.

bazooka ramadan

Menurut seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang dikenali dengan nama Acil, permainan tersebut diperbuat daripada empat hingga lima tin yang disusun memanjang.

“Ada juga kawan-kawan guna bekas rokok dan batang paip. Kalau mahu bermain benda ini, kena main di tempat luas supaya tidak ganggu orang sebab bunyinya kuat.

Iklan

“Selalunya kami main meriam buatan ini sementara tunggu waktu berbuka. Mahu hilangkan rasa lapar, kami bermain bazooka untuk suka-suka,” katanya.

Bagaikan di medan perang, sekumpulan kanak-kanak itu beradu siapa bunyi paling kuat.

bazooka ramadan

Iklan

Bimbang juga kalau-kalau permainan tersebut membahayakan jika tiada pengawasan orang dewasakan?

Hasil pembacaan kami, permainan bazooka sememangnya cukup terkenal di Indonesia menjelang Ramadan. Ia bagaikan satu tradisi apabila setiap tahun, pelbagai jenis meriam akan dibuat sendiri.

Namun di Malaysia, tolong jangan jadikan bulan puasa sebagai lesen untuk bermain bazooka kerana Ramadan bukan sahaja mendidik kita untuk menyucikan diri, malah menjauhkan kita daripada aktiviti yang membahayakan. #RamadanDalamKeberkatan