SIAPA yang tidak mengenali jutawan yang juga pengasas aplikasi Facebook, Mark Zuckerberg. Dengan aset yang mencecah puluhan juta, beliau menjadi antara manusia yang terkaya di dunia.
Kisah perjalanan hidupnya sangat menakjubkan dan sentiasa menjadi inspirasi ramai dalam menuju kejayaan. Namun, siapa sangka walaupun mempunyai aset yang tidak terkira, Mark Zuckerberg rupanya ‘dibenci’ oleh penduduk di Hawaii.
Baca juga: Burung hantu tersenyum ketika ‘minum’ air, serius comel
Pada tahun 2014, bilionair media sosial itu membeli tanah di Hawaii dan kini beliau mengukuhkan lagi pemilikan asetnya dengan membeli kira-kira 243 hektar tanah di Pulau Kauai, Hawaii.
Menurut laporan New York Post, tindakan Mark bersama isterinya Priscilla Chan tidak disenangi oleh penduduk tempatan sehingga ada petisyen dalam talian yang menuntut Zuckerberg berhenti ‘menjelajah’ negeri Aloha itu. Sehingga Sabtu lalu, petisyen tersebut mendapat lebih sejuta tandatangan.
Mesti korang nak tahu kenapa Mark Zuckerberg seolah-olah kurang disenangi di pulau itu? Pasangan itu dikhabarkan membeli tanah berkenaan dengan harga kira-kira RM218 juta dari Waioli Corp.
Pada tahun 2017, Zuckerberg pernah mengemukakan tuntutan di mahkamah ke atas penduduk asli pulau itu untuk menjual tanah mereka bertujuan menjaga ‘privacy’ dan dapat meluaskan kawasan milik persendiriannya.
Seorang Profesor Undang-Undang dari Universiti of Hawaii menyifatkan ini adalah wajah neokolonialisme iaitu perluasan kuasa melalui tekanan.
Bagaimanapun, jutawan itu menarik balik tuntutan mahkamah tersebut pada tahun 2019.
Sementara itu, Stephen Maxwell menerusi catatannya di ruang petisyen menyatakan Mark Zuckerberg bagai hilang rasa hormat terhadap orang lain kerana terang-terangan menunjukkan sikap tamak serta mementingkan diri.
Begitulah kisahnya bagaimana Mark Zuckerberg tidak disenangi oleh penduduk di kepulauan Hawaii itu. Sebagai manusia yang mempunyai harta yang melimpah ruah, Zuckerberg sepatutnya menjadi seorang yang lebih prihatin dan tidak menindas orang lain dan terus disayangi sebagai inspirasi ramai anak muda.
Sumber: New York Post