Burung hantu tersenyum ketika ‘minum’ air, serius comel

burung hantu
burung hantu
A
A
A

 

SIAPA tidak kenal burung hantu, dengan nama yang seram dan figura yang menakutkan burung ini sering dikaitkan dengan unsur mistik kerana ia selalu bergerak secara aktif pada waktu malam.

Burung hantu ialah spesies burung pemangsa yang aktif pada waktu malam atau nokturnal. Ia mempunyai bentuk muka yang berbeza dengan burung biasa. Muka burung hantu berbentuk rata seperti wajah manusia dengan kedudukan kedua-dua belah matanya menghadap ke hadapan.

Walaupun burung hantu kelihatan menyeramkan, ramai yang menjadikannya sebagai burung peliharaan. Kalau korang nak tahu, burung hantu adalah spesies burung unik dan menakjubkan dengan banyak ciri dan kelakuan khusus.

 

Baca juga: Black-Footed Cat, kucing kecil berbahaya. Memburu lebih daripada harimau bintang!

 

 

 

Seperti satu video yang dikongsi di laman Twitter, seekor burung hantu kelihatan gembira menikmati air kosong. Dalam video tersebut yang mendapat reaksi ramai itu, burung hantu itu seolah-olah tersenyum ketika sedang ‘minum’ air.

Mungkin jarang sekali kita dapat lihat haiwan yang terkenal dengan ekspresi wajah yang serius ini tersenyum. Namun, apabila matanya yang bulat dan tajam itu sepet kerana kegembiraan, burung hantu tersebut kelihatan sangat comel.

Perkongsian video ini mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai yang teruja melihat kejadian itu.

@ega_egaee – Oh hedwid.. awak sangat comel

@Faudzull – Macam nenek-nenek cabut kacamata

@NabillaAnggita – Gemuknya ya ampun teringin nak pegang

Tidak hanya itu, ada juga yang berkata burung hantu tersebut bukannya tersenyum tetapi sedang menahan silauan cahaya.

@fabiolopesierra – Saya rasa itu bukan gembira tetapi kesakitan akibat cahaya yang terlalu cerah.

@simondaninja – Saya tak tahu; Nampak seperti bukan cahaya yang terlampau terang. Mungkin itu untuk mengelak daripada air memasuki matanya.

 

Baca juga: Ikan lumba-lumba ‘khayal’ di lautan menggunakan ikan buntal

 

Sebenarnya, burung hantu dinamakan sedemikian kerana ia mempunyai kemahiran yang mengagumkan iaitu boleh menjadi hantu. Maksud hantu disini adalah kemampuannya mampu menghilangkan diri. Burung hantu cukup bijak menyamar sehingga ia sukar dilihat.

 

Sumber: Twitter @minblowingpost

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang