Katak dijadikan haiwan kesayangan, video geletek dapat 1juta tontonan

Iklan
frog

 

KATAK merupakan sejenis haiwan amfibia yang mempunyai kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, mata bulat dan jari berselaput.

Iklan
Iklan

Reaksi kebanyakan orang apabila terpegang atau terpijak katak pasti akan memberi reaksi geli kerana tidak tahan dengan tekstur badan haiwan itu yang lembik dan berlendir.

Ada juga langsung tidak boleh melihat spesies amfibia berkenaan yang mempunyai kegemaran melompat selain kerap dilihat menangkap serangga dengan lidahnya yang panjang.

Iklan

Berbeza dengan seorang pemuda dari Sabah, beliau menjadikan katak sebagai haiwan perliharaannya.

Menerusi satu video di aplikasi Tiktok, pemuda tersebut seronok bermain bersama haiwan itu malah memegangnya menggunakan tangan tanpa alas.

Iklan

Mendapat lebih 1 juta tontonan, video tersebut memaparkan pemuda itu menangkap dan menggeletek perut katak sebelum melepaskannya. Apa yang lebih menarik, katak yang dipelihara oleh @adykaloy semua kelihatan sangat jinak dan baik.

Katak merupakan haiwan eksotik yang kian mendapat perhatian untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Antaranya ialah katak pacman, spesies katak tidak beracun dari sebelah Amerika Selatan seperti Brazil dan Argentina. Ciri-ciri katak unik ini ialah warna selain corak tompokan membuatkan peminatnya teruja untuk memilikinya.

Baca juga: Ramai geram badak air dua ‘beranak,’ aksi ceria raih perhatian ramai