DUDUK di rumah sepanjang perintah kawalan pergerakan ini adakalanya membosankan. Melihat video haiwan di zoo contohnya sekurang-kurangnya mengurangkan tekanan dan kebimbangan.

Aksi dua ekor badak dari Zoo Cincinnati, Amerika Syarikat ini adalah antara dua ‘bintang’ yang memberikan keceriaan.

Aksi Fiona The Hippo seronok nikmati musim panas bersama ibu, Bibi menarik perhatian warga maya.

Gelagat dua ekor badak sumbu itu boleh diikuti melalui perkongsian di Twitter @CincinnatiZoo, video klip itu memaparkan Fiona dengan ibunya Bibi.

Video tersebut pasti memberikan senyuman di wajah korang. Rakaman dimulakan dengan Fiona dan Bibi menikmati musim panas. Mereka ceria disiram air dan mengunyah buah-buahan yang diberikanm penjaga.

“Seronoknya musim panas bersama Bibi dan Fiona! #TeamFiona, ” tulis kapsyen zoo tersebut.

Video yang dikongsi kepada warganet pada 21 Julai telah menerima lebih 5,400 tontonan dan tanda suka.

Ada yang gembira melihat Fiona dan ibunya yang galak bermain dan tidak kurang juga yang menyukai saat-saat dua beranak itu mengunyah buah-buahan.

Warga Twitter meluahkan rasa geram melihat gelagat Fiona dan Bibi.

“Baiknya! Harap saya dapat membelai mereka tanpa digigit. ”

“Telinga yang sangat kecil dan gigi yang comel, geram!”

“Namakan pasangan ibu atau anak perempuan yang lebih baik. Jangan risau, saya akan tunggu.”

 

Baca juga: Burung hantu tersenyum ketika ‘minum’ air, serius comel

Iklan

Terdapat lima spesies badak di dunia iaitu badak hitam dan badak putih yang hidup di Afrika dan badak Sumatera, Jawa dan India (atau satu tanduk lebih besar) yang menghuni hutan tropika dan rawa Asia.

Walaupun saiz badan yang besar dan mempunyai krahang yang kuat, badak berupaya berlari laju.

Mereka adalah herbivor yang memakan rumput dan tumbuh-tumbuhan pada waktu malam, subuh dan senja.

Iklan

Haiwan ini diancam kepupusan. Dianggarkan hanya ada sekitar 29,000 badak yang hidup liar, berbanding 500,000 pada awal abad ke-20.

Ancaman utama haiwan cantik ini adalah pemburuan haram terutamanya kerana tanduknya yang digunakan sebagai ramuan dalam perubatan tradisional negara-negara di Asia.

Baca juga: [VIDEO] Penyu belimbing sesat di air tawar, penduduk prihatin sanggup pindahkan ke laut