HASRAT seorang lelaki yang ingin menikmati hidangan di sebuah restoran makanan segara hampir bertukar tragedi apabila salah seorang pekerja premis bertindak membaling sebilah gunting ke arahnya.
Mangsa, Anthony Evans berkata, beliau bertanyakan kepada wanita yang juga salah seorang kakitangan di Chipotle Mexica, Baltimore, Amerika Syarikat mengenai pesanan yang dibuatnya setelah lebih 20 minit menunggu.
"Disebabkan menunggu terlalu lama, saya bertanya kepada pekerja itu sebanyak dua kali bagi mengetahui punca kelewatan pesanan.
"Saya juga bertanyakan kepada pekerja lain mengenai nama wanita itu. Dia kemudian menjerit dan menjawab, kamu boleh memanggil apa saja tak guna, lalu membaling sebilah gunting ke arah saya," jelas lelaki berusia 56 tahun tersebut.
Disebabkan kekecohan itu, Evans kemudiannya membuat panggilan polis dan pihak berkuasa turut mengesahkan mengenai kejadian tersebut baru-baru ini.
Evans bagaimanapun bernasib kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Sebaliknya, gunting yang dibaling oleh wanita dikenali sebagai Nicole itu mengenai bahagian bahu Evans.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram