Elak hamil, lelaki maut selepas letak gam kuat pada alat sulit

Iklan
Elak hamil, lelaki maut selepas letak gam kuat pada alat sulit

PELIK tapi benar! Begitulah kejadian yang berlaku di Gujarat, India.

Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia setelah bertindak menutup bahagian hujung alat sulitnya menggunakan gam kuat.

Iklan
Iklan

Lapor Daily Star, Salman Mirza, 25, bertindak sedemikian apabila tersedar dia terlupa membawa kondom ketika menempah sebuah bilik hotel bersama tunangnya.

Pasangan tersebut kemudian menggunakan gam kuat untuk menutup alat sulit lelaki itu sebelum melakukan hubungan seks sebagai langkah mencegah kehamilan.

Iklan

Iklan

Salman akhirnya dibawa ke Hospital Awam Sola kerana keadaan kesihatannya merosot sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Ketika pemeriksaan forensik, Salman disahkan meninggal dunia akibat kaedah pencegahan kehamilan yang dibuatnya.

Baca juga Abang gelap, adik cerah, pasangan kembar lain kaum jarang ditemui

Kata seorang penyiasat kejadian, Salman dan pasangannya itu mungkin menghidu gam tersebut yang dicampur bersama dadah sebelum menggunakan gam itu pada alat sulitnya.

Menurutnya, ia bagaimanapun telah merosakkan organ lelaki itu dan mangsa meninggal dunia akibat kegagalan organ lain.

Sumber: Agensi