Bulu mata sepanjang 8 inci, wanita China pecah rekod dunia

Iklan
Bulu mata sepanjang 8 inci, wanita China pecah rekod dunia

SETIAP manusia pasti memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Tuhan menciptakan kita dengan penuh kesempurnaan dibalik kekurangan. Syukuri, maka hidup akan jauh lebih indah.

Iklan
Iklan

Seperti seorang wanita di China ini yang dikurniakan bulu mata sepanjang lapan inci.

Iklan

Menurut laporan India Times, wanita bernama You Jianxia itu menyedari bulu matanya pada awalnya berukuran 4.88 inci di bahagian atas kelopak mata kiri.

Jianxia kemudian mendapati bulu matanya tumbuh lebih panjang daripada biasa pada tahun 2015.

Iklan

Namun lima tahun kemudian, bulu tersebut semakin tumbuh dan perlahan-lahan menjadi semakin panjang.

Namun katanya hampa kerana doktor tidak dapat menjelaskna perkara terbabit malah menyatakan kekaguman dengan situasi dirinya.

Baca juga Lelaki ala-ala wanita bakal diharamkan muncul di TV China

Selain itu, wanita berkenaan turut berusaha mencari punca dan alasan saintifik bagi masalah yang dihadapinya.

Bagaimanapun, tidak ada ahli keluarga yang mempunyai bulu mata seumpama dirinya.

Panjangnya kan? Agak-agak menggangu tak aktiviti harian ya?