LELAKI bersifat feminin seakan wanita bakal diharamkan muncul di rancangan hiburan televisyen (TV) di China.

Itu arahan baharu yang dikeluarkan kerajaan mereka melarang lelaki membawa karakter seakan wanita seperti memakai solekan tebal tampil dilayar media.

Usaha itu dilakukan bagi menyelamatkan kaum lelaki di negara tersebut agar kekal bersifat maskulin.

Usaha tersebut juga dinamakan sebagai revolusi budaya. Pihak penyiaran perlu mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan China di mana kawalan yang ketat bakal dijalankan.

Selebriti yang menampilkan perwatakan pelik atau songsang bakal dihalang daripada disiarkan secara rasmi di TV.

Selain itu, menurut laporan BBC, ia diambil sebagai langkah bagi memperketatkan undang-undang terhadap program yang bersifat kandungan tidak sihat.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Badan penyelaras penyiaran China memaklumkan akan melarang sebarang bentuk estetika effeminate, pengaruh lucah dan kata-kata kesat dalam rancangan hiburan mereka.

Effeminate, secara literal membawa maksud pembawaan karakter seakan-akan wanita oleh lelaki.

Ayah umpama hero, ini yang perlu bapa buat untuk anak perempuan

Iklan

Di samping itu, Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional (NRTA) turut menegaskan tingkah laku dan moral harus dimasukkan sebagai kriteria dalam pemilihan pelakon.

Beberapa format persembahan pertandingan pencarian bakat juga juga akan dihentikan selain akan mempromosikan apa yang ditakrifkan sebagai lelaki yang lebih maskulin dan mengkritik selebriti lelaki yang menggunakan solekan tebal.

Iklan

Baca juga Aneh, wanita tidak tidur 40 tahun, kali terakhir lelapkan mata umur 5 tahun

Namun program yang mempromosikan budaya tradisional, revolusi atau memupuk suasana patriotik, akan digalakkan.

Menurut laporan Associated Press, Presiden Xi Jinping berbuat demikian kerana imej feminin itu seolah-olah memberi ancaman terhadap nilai budaya tradisional dan ia selaras dengan visinya untuk menjadikan rakyat China lebih kuat dan sihat.