SEBUT sahaja TikTok, pasti korang terbayang video lucu dan kreatif yang dihasilkan.
Tidak kurang juga ada menghasilkan video bagi menyahut beberapa cabaran (challenge) yang dibuat mengikut 'musim'.
Namun sebenarnya terdapat manfaat lain yang boleh didapati melalui aplikasi berkenaan termasuklah pendidikan, perniagaan, travel, tip kehidupan, gaya hidup, nasihat kewangan dan banyak lagi.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini dipercayai di Indonesia memaparkan seorang wanita sedang menikmati mi panas sehingga keluar asap.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Menerusi video tersebut, perakamnya menceritakan detik dia dan rakannya memesan semangkuk mi segera di warung tepi jalan.
Ketika kamera beralih dari pemilik gerai kepada rakannya yang sedang menyuap mi segera, perakam video terus menjerit"panas!"
Apa yang menarik perhatian ramai apabila rakannya yang tidak sempat menjamah mi tersebut bagaimanapun menghembuskan asap yang banyak dari mulut sambil mengakui mi berkenaan sememangnya panas sebelum rakaman itu berakhir.
Meskipun tidak dapat dipastikan keaslian video tersebut, rata-rata warga maya dilihat memberi pelbagai reaksi.