TIDAK hanya berlaku di dalam drama, realitinya insiden suami dipukul isteri benar-benar terjadi.
Aktor seberang, Jonathan Frizzy dikatakan dipukul isterinya dengan menggunakan peralatan senaman dumbbell. Malah lelaki itu tidak melawan apabila dikasari isterinya.
Walaupun perkara itu dinafikan isteri Jonathan, Dhena Devanka, aksi wanita itu jelas dibuktikan dengan rakaman kamera litar tertutup kediaman mereka.
Jonathan atau dikenali sebagai Ijonk tidak bertindak keluar dari rumah kerana enggan dianggap mengabaikan isteri dan anak-anak.
Dalam pada itu, gosip tentang Jonathan dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang pelakon muda juga sedang bertebaran.
Jonathan dan Ririn Dwi Ariyanti, kedua-duanya melakonkan watak utama dalam sinetron berjudul Cinta Untuk Bunda. Malah rumah tangga aktres itu juga dipercayai sedang berantakan.
Rentetan itu, Dhena meluahkan suaminya berang apabila ditanya mengenai skandal lalu meninggalkan kediaman mereka selama 14 hari.
Walaupun hubungan pasangan yang bernikah pada 2012 ini tegang, masing-masing berpura-pura berbaik dihadapan tiga cahaya mata mereka.
Baca juga [VIDEO]Suami Rakam Isteri Curang, Kantoi Bawa Balik Lelaki Masuk Rumah
Dalam perkembangan terbaru menerusi Suara.com, kedua-duanya sah bercerai dan perbicaraan akan diteruskan dengan proses undang-undang.
Sayang sekali melihat mahligai yang dibina bertahun-tahun runtuh sekelip mata.
Saling bertolak ansur dan bertoleransi dengan pasangan itu penting, namun paling utama ialah komunikasi. Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Suara.com