Lucu pun ada! Dulu takut tinggi, sekarang abang Bomba

Iklan
1

TAKUT adalah naluri semula jadi manusia. Setiap daripada kita mempunyai ketakutan, namun ia tidak bererti kita lemah.

Sama seperti situasi yang yang dialami seorang pemuda dikenali sebagai Che Ku Muhammad Rizzuwan Che Ku Mohsin.

Iklan
Iklan

Video yang dimuatnaik di laman sosial TikTok memaparkan beliau ketika menjadi peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang gayat ketika ingin melakukan aktiviti abseiling.

Iklan

Baca juga: Sanggup Korban Nyawa Selamatkan Warga Emas Dalam Kebakaran, Kematian Remaja 15 Tahun Buat Ramai Sebak

Difahamkan, video berkenaan dirakamkan sembilan tahun yang lalu.

Iklan

Siapa tahu kegigihan melawan ketakutan, pemuda itu kini berjaya menjawat jawatan pegawai bomba yang terkenal dengan keberanian. Wira merah yang tidak jemu berkorban untuk masyarakat.

Baca juga: Gorila Pernah Viral Kerana Swafoto, Mati Dalam Pelukan Penjaga

"Ok untuk awak semua. So semangat dan keberanian penting.

"Aku seorang bomba. Beruniform merah, tanda kami gagah. Yang diperlukan apabila perlu. Yang dihargai apabila kejadian terjadi.

"Aku pergi tidak mengira tempat. Berusaha tanpa mengira masa. Berkorban walaupun terbeban.

"Menangis tanpa diketahui. Senjata aku adalah keberanian. Tanpa keberanian tak akan ada aku disini.

"Walaupun penat, aku terpaksa kuat. Walaupun lelah, aku tak boleh mengalah.

Jadi, adakah kamu belum nampak usaha aku?

"Aku tidak minta lebih, hargailah setiap perjuanganku. Bukan sahaja ketika ada kejadian, tetapi berterusan,”kata Rizzuwan dalam video berkenaan.

Perkongsian video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen. Rata-rata bangga dan memuji keberanian anak muda itu.

Baca juga: Empat Hari Beristerikan ‘Rice Cooker,’ Lelaki Akhirnya Bercerai

Rasa takut bukan bererti kita lemah dan pengalaman adalah sebaik-baik guru. Semoga perkongsian ini memberikan semangat buat generasi muda untuk terus memajukan diri.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: TikTok @mrrizzuwan