Lelaki tua dijel kerana cederakan pencuri yang rembat ikan dalam kolam. Ramai warganet luah rasa tak puas hati

Iklan
warga emas dijel

USIA semakin lanjut lazimnya dihabiskan bersama keluarga tercinta.

Apatah lagi ketika umur semakin senja, rasanya ramai yang meluangkan masa untuk bermain dengan cucu, beribadah ataupun memenuhi list percutian yang masih tertangguh.

Iklan
Iklan

Pun begitu, tidak semua pasangan veteran yang bernasib baik untuk bersenang-lenang pada usia emas kerana masih terdapat dalam kalangan mereka yang gigih mencari rezeki demi sesuap nasi.

Iklan

Nasib setiap orang sudah tentu berbeza-bezakan?

Memang menyedihkan kalau melihat warga emas yang terpaksa bekerja siang dan malam dengan kudrat yang tidak seberapa demi survival hidup.

Iklan

Malah, lebih menyayat hati apabila mereka diuji musibah yang tidak disangka-sangka sehingga terpaksa meringkuk di dalam penjara.

Seperti insiden yang berlaku di Jawa Tengah, Indonesia baru-baru ini membuatkan hati warganet sayu, tambahan pula kronologi kes tersebut membuatkan warga emas itu didapati ‘bersalah’ kerana cuba untuk mempertahankan diri.

Lapor kumparan.com, seorang lelaki yang berusia 74 tahun terpaksa bermalam di sebalik geriji besi gara-gara didakwa mencederakan seorang pencuri. Ya, seorang pencuri!

Beliau yang tinggal sebatang kara dan dikenali dengan nama Kasminto itu bekerja sebagai penjaga sebuah kolam ikan sebelum didatangi seorang lelaki yang mencuri hasil ikan milik majikannya.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, 7 September lalu, Kasminto yang tinggal di kolam ikan di Desa Pasir, Demak menyedari kehadiran pencuri tersebut dan cuba untuk menangkapnya.

Meskipun sebelum kejadian, Kasminto sudah menegur dengan cara baik, namun suspek dikatakan tidak mempedulikannya, bahkan menyerang beliau menggunakan alat menangkap ikan.

Memetik kata peguam LBH Demak Raya, Hariyanto kepada media tempatan baru-baru ini, Kasminto sebenarnya cuba mempertahankan diri dengan sebilah sabit.

Baca juga Teruja dapat beli kediaman murah, rupa-rupanya rumah tersebut lubuk pembunuhan warga emas, OKU

Dalam pergelutan itu, beliau dikatakan telah mencederakan bahagian belakang punggung suspek.

Sebelum kejadian, Kasminto sebenarnya sudah berdepan kejadian kecurian hampir 20 kilogram hasil ikan dan barangkali, kali ini beliau sudah hilang sabar.

Pun begitu, sebaik sahaja lelaki tua itu membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit, namun lain pula yang berlaku.

Warga emas tersebut pula ditahan dan dipenjarakan. Hal itu membuatkan ramai warganet yang mengikuti kisah tersebut tidak berpuas hati.

Menurut Hariyanto, penangkapan Kasminto agak keterlaluan kerana cuba untuk mempertahankan diri daripada pencuri.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Aduhai, pelik-pelik kan? Barangkali tiada bukti yang kukuh, kenyataan warga emas itu boleh diputar belitkan sehingga terpaksa berdepan hukuman yang tak disangka-sangka.

Apapun, harap-harap wujud pengadilan buat mereka yang tidak bersalah.