KINI keadaan cuaca di negara kita tidak menentu susulan Fasa Peralihan Monsun bermula 24 September 2021 dan berterusan sehingga awal bulan November 2021 menyebabkan hujan hujan turun sebelah petang hingga menjelang malam.
Memandangkan musim hujan dan ribut petir dijangka akan berterusan untuk beberapa minggu lagi, diharapkan kita semua agar mematuhi peraturan keselamatan agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa panahan petir.
Penting bagi korang untuk mengetahui tip untuk berhadapan dengan situasi petir dan guruh.
Baca juga: 1 Rumah 1 Beg Kecemasan, Siap Siaga Hadapi Bencana Alam, 11 Item Ini Perlu Ada
Kita disarankan melakukan lima langkah dikongsikan Public Health Malaysia seperti berikut untuk mengelakkan diri daripada dipanah petir.
1.Sekiranya mendengar bunyi dentuman guruh dalam tempoh 30 saat cahaya petir kelihatan, ia bermakna korang begitu hampir dengan panahan petir.
2.Segera mencari tempat perlindungan dan tunggu sehingga 30 minit bunyi guruh terakhir kedengaran.
3.Jauhi tingkap, pintu dan elakkan memegang peralatan elektrik termasuk telefon.
4.Selain itu, elakkan melakukan aktiviti seperti membasuh pakaian, mandi manda, mencuci pinggan mangkuk dan membasuh tangan ketika ribut petir.
5.Jika berada di ruang terbuka atau luar bangunan, dapatkan tempat untuk berlindung di dalam bangunan. Jangan sesekali berlindung di bawah pokok, khemah, bangsal kecil, atau gerai makanan di tepi jalan.
Sekiranya terpaksa berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan petir
Perlu diingatkan bahawa walaupun hujan telah berhenti, petir masih boleh memanah bumi.
Insiden dua individu dipanah petir di sebuah kuari di Pasir Puteh, Kelantan baru-baru ini wajar dijadikan iktibar buat kita semua.
Remaja berusia 15 tahun meninggal dunia, manakala abang iparnya mengalami kecederaan.
Kejadian 5.40 petang itu, mangsa, Muhammad Alif Haikal Ludin dari Kampung Hutan Buluh, Melor, maut di tempat kejadian.
[caption id="attachment_63017" width="600"] Allahyarham Muhammad Alif Haikal Ludin.[/caption]
Mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Difahamkan lelaki berkenaan kini berada dalam keadaan stabil.
Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Alif Haikal. Al-Fatihah.
Baga juga: Hujan, ribut petang, awal malam rupanya peralihan monsun, diramal hingga November 2021
Baca juga: Banjir, Air Deras Jangan Sesekali Redah, 10 Perkara Ini Penting Elak Kereta Hanyut Dibawa Arus
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Facebook Public Health Malaysia, Sinar Harian