"Pernah tengok punca air terjun?” Pemuda tunjuk lokasi punca air, ramai tak sangka rupanya dari celah batu, akar

Iklan
Untitled design (65)

SUNGAI dan air terjun menjadi lokasi riadah dan rekreasi pilihan ramai melepaskan lelah di hujung minggu.

Masakan tidak, airnya yang sejuk dan bunyi percikannya memberikan terapi dan ketenangan yang tiada bandingan.

Iklan
Iklan

Namun, pernahkah korang terfikir punca mata air atau punca air yang menjadikan air terjun yang tidak henti mengalir?

Iklan

Baca juga: "Sekilas pandang serius tak nampak…” Renjer hutan kongsi sebab perlu guna trek tersedia, jika tidak bahaya menanti

Youtuber yang juga dikenali sebagai Pemburu Air Terjun, Mohd Syafiqi Zakaria berkongsi perjalannya mencari punca air terjun.

Iklan

Dia berkongsi mengenai punca air sungai yang paling hulu yang menjadi punca air itu mengalir.

Punca air itu dikatakan mengalir pada celahan pokok dan batu.

Air yang mengalir dicelah-celah pokok dan batu itulah yang menjadi sungai yang begitu besar. Malah air terjun dan juga kepala air yang terjadi itu juga berpunca daripada mata air yang kecil ini.

Baca juga: "Beri dia rancangan dokumentari”- Aktif kongsi ilmu hutan, Tiktoker wanita kongsi fakta mengenai siput perosak

"Jangan terkejut, ia (aliran air) kecil sahaja. Ada yang datang cari celahan batu,” ujarnya sambil menunjukkan mata air disebalik daun-daun kering.

Malah dia juga menemui punca air dari celah-celahan akar pokok.

"Dari air dari celahan pokok dan batu inilah menjadi sungai yang besar juga air terjun,” katanya.

Menurut Mohd Syafiqi lokasi punca air itu berhampiran dengan puncak bukit.

Video berkenaan menerima 2,300 tanda suka dan 1,700 perkongsian di Facebook.

Netizen memberikan pelbagai reaksi susulan perkongsian Mohd Syafiqi. Rata-rata baru mengetahui berkenaan punca mata air yang menjadi sungai.

 -"Info berguna ni."

-"Allahuakbar, terima kasih. Sudah lama saya nak cari info ini, akhirnya dapat."

-"Baru saya tahu. Terima kasih atas content berkualiti."

-"Terjawab soalan saya waktu kecil dahulu."

-"Ku sangkakan ada kolam atas bukit."

Malah ada yang kesal isu penebangan hutan yang berleluasa yang mengganggu punca air.

-"Hilang bukit, hilang lah air kita."

-"Elok sahaja alam semula jadi tetapi manusia datang rosakkan semua itu."

Mohd Syafiqi banyak berkongsi pengembarannya menjejaki air terjun di Malaysia di saluran  Youtube Syafiqi Zakaria Channel.

Baca juga: Hati-Hati Mandi Air Terjun, Video Tular Kepala Air Ragut Nyawa Dua Kanak-Kanak, Seorang Hilang

Baca juga: [VIDEO] Jarang dilihat manusia, jerung paling ganas di dunia, penuh parut, kesan gigit 

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Mohd Syafiqi Zakaria