BARU-baru ini SinarPlus menyiarkan mengenai kepentingan untuk mengikuti laluan trek ketika di hutan untuk mengelakkan pelbagai bahaya yang dikongsikan seorang renjer hutan.

Nampaknya Tiktoker @p.sharon.j atau nama sebenarnya Priceal Sharon Jamain terus aktif berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan hutan belantara, flora dan fauna hingga warga maya mencadangkan supaya wanita itu diberikan rancangan dokumentarinya sendiri.

Salah seorang pengikutnya turut meminta stesen televisyen memberi peluang rancangan dokumentari khas yang menampilkan Sharon.

Baca juga: “Sekilas Pandang Serius Tak Nampak…” Renjer Hutan Kongsi Sebab Perlu Guna Trek Tersedia, Jika Tidak Bahaya Menanti

Malah tidak kurang juga yang mengakui banyak menimba ilmu baru daripada Sharon.

Menerusi hantaran video terbaru, renjer hutan itu menjawab perhatian warga maya mengenai siput gondang dan telurnya.

Bagi warga bandar, ia mungkin tidak pernah dilihat. Namun bagi masyarakat desa, ia selalu muncul di sawah sebagai haiwan perosak kepada tanaman padi.

Menurut Sharon, telur siput gondang ini lazimnya berada di kawasan berdekatan dengan air.

Iklan

Kehadiran spesies itu menimbulkan banyak masalah serta menyebabkan kerugian kepada pesawah padi.

Menerusi video, Sharon juga menunjukkan cara untuk mengurangkan populasi siput tersebut supaya ia tidak merosakkan tanaman padi.

Paparan video berkenaan meraih lebih 170,000 tanda suka dan 4,000 perkongsian.

@p.sharon.j Reply to @00000amiss thank you for asking.. #hutantacoffee ♬ original sound – Karabaw Monster

Iklan

Baca juga: Silap Kenal Pasti Teh Sebagai Dadah, Polis Australia Tersalah Penjara Dua Wanita Malaysia 4 Bulan

Baca juga: Wanita hamil dipukul suami menghitung hari bersalin, adik luluh hati, bimbang risiko pembedahan

Baca juga: Pelik Murid Datang Sekolah Setiap Hari Tak Ikut Penggiliran, Masuk Hari Ketiga Baru Tahu Rupanya…

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: TikTok @p.sharon.j