KECUAIAN sesaat oleh ibu bapa atau orang dewasa boleh mengundang padah kepada kanak-kanak.
Ia termasuklah membiarkan mereka berada dalam keadaan bahaya di dalam kenderaan.
Baru-baru ini rakaman video memaparkan kanak-kanak berada di bahagian belakang trak pikap yang sedang bergerak di jalan raya meraih perhatian ramai.
Baca juga: [VIDEO] Kejadian Dirakam CCTV, Wanita Rembat Motosikal Pencuri Selepas Beg Tangan Diragut
Menurutnya, beberapa buah kenderaan membunyikan hon serta membuka tingkap menegur perbuatan ahli keluarga kanak-kanak lelaki terbabit.
Bagaimanapun tiada tindakan daripada trak pikap berkenaan seolah-olah tidak mengendahkan teguran orang ramai.
Video berkenaan kemudian menjadi tular dan ditonton lebih 171,000 kali.
Rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas terhadap pemandu kenderaan seolah-olah membiarkan sahaja kanak-kanak lelaki itu tanpa mengambil kira keselamatannya.
Baca juga: Akibat Berhentikan 900 Staf Melalui Talian Persidangan Zoom, CEO ‘Dicutikan’ Serta-Merta
-"Time baru nak hujan ada petir. Berani betul biarkan begitu.”
-"Bahayanya.”
-"Sama juga dengan ibu bapa yang bagi anak keluarkan kepala daripada sunroof.”
-"Bercakap mengenai sunroof, saya pernah ada pengalaman daripada keluarga sendiri. Mangsa meninggal keran kepala terkepit pada sunroof. Keluarganya ketika itu tengah kemas barang sedar-sedar mangsa sudah membiru di situ. Umur dalam lingkungan empat hingga lima tahun.”
-"Jalan kampung OK kot. Kalau lebuh raya, jalan besar, no no no.”
Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa memastikan kanak-kanak selamat di dalam kenderaan. Untuk pengetahuan korang, kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) telah diwajibkan 1 Januari 2020.
Kanak-kanak yang mempunyai ketinggian kurang 135 sentimeter (cm) diwajibkan menggunakan kerusi keselamatan atau tempat duduk sokongan (harness) ketika di dalam kenderaan.
Ibu bapa latihlah anak-anak menjaga keselamatan diri mereka semasa menaiki kenderaan.
Pastikan mereka mengggunakan kerusi keselamatan dan memakai tali pinggang keledar. Keselamatan mereka adalah tanggungjawab ibu bapa dan orang dewasa.
Baca juga: Selepas 21 Tahun, Miss Universe 2021 Milik Harnaaz Sandhu, Berikut Senarai Ratu Cantik Dari India
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber:">Twitter @BxllaAnxar