Akibat berhentikan 900 staf melalui talian persidangan Zoom, CEO ‘dicutikan’ serta-merta

A
A
A

BARU-baru ini tular video yang memaparkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) memberhentikan pekerja hanya melalui Zoom meeting  sahaja!

Vishal Garg yang merupakan CEO di sebuah syarikat perkhidmatan berkaitan hartanah, Better.com menamatkan perkhidmatan seramai 900 orang pekerjanya hanya beberapa minggu sebelum perayaan Krismas.

"Jika anda menerima panggilan ini, anda adalah sebahagian daripada kumpulan malang yang diberhentikan.

“Anda tidak dibenarkan membuat kesalahan berulang kali. Tidak menepati tarikh akhir juga merupakan satu kesalahan yang tidak boleh diterima,” kata Garg kepada pekerjanya menerusi persidangan video berkenaan.

@wanderellaco#fyp#laidoff#savage♬ original sound - Wanderella

Susulan daripada tindakan itu, Garg dikatakan menghadapi pelbagai kritikan.

Dalam perkembangan terbaru, Garg dikhabarkan telah ‘dicutikan’ serta-merta.

Portal Vice berkongsi e-mel daripada ahli lembaga pengarah Better.com mengatakan Garg akan direhatkan buat seketika.

Tugasnya dipangku Kevin Ryan sebagai Ketua Kewangan yang akan melaporkan perkembangan kepada ahli lembaga pengarah .

Selain itu, ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan akan menggunakan firma pihak bebas untuk menilai kepimpinan dan budaya kerja.

Baca juga: [VIDEO] Cuci longkang tersumbat di lebuh raya hingga tenggelam badan, aksi pekerja pembersihan sentuh hati warganet

 

Baca juga: Selepas 21 Tahun, Miss Universe 2021 Milik Harnaaz Sandhu, Berikut Senarai Ratu Cantik Dari India

“Cadangan penilaian ini akan diambil kira untuk membina budaya mampan dan positif jangka panjang di Better.com.

“Kami mempunyai pelbagai tugas yang perlu dilaksanakan. Justeru, kami berharap anda semua fokus kepada pelanggan dan menyokong satu sama lain untuk terus membina sebuah syarikat yang hebat,” katanya.

Terdahulu, tiga pekerja syarikat dilaporkan berkenaan meletakkan jawatan sebagai tanda protes susulan keputusan rakan sekerja mereka diberhentikan beramai-ramai.

Garg dilaporkan memohon maaf kepada kakitangan dan mengaku gagal menunjukkan penghargaan kepada pekerja atas sumbangan mereka kepada syarikat.

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Vice

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang