TIDAK dinafikan India banyak melahirkan jelitawan yang berjaya dan terkenal di peringkat antabangsa.

Tahun ini negara itu turut mengungguli gelaran ratu cantik apabila gelaran Miss Universe 2021 menjadi milik Harnaaz Sandhu.

Wanita berusia 21 tahun dari Punjab itu mewakili India pada Miss Universe 2021 ke-70. Dia berjaya membawa pulang mahkota itu kembali 21 tahun selepas Lara Dutta memenanginya pada tahun 2000.

Pemakaian mahkota Miss Universe disempurnakan oleh Andrea Meza, bekas Miss Universe 2020 dari Mexico pada acara yang disiarkan secara langsung di seluruh dunia.

Baca juga: Kunyit, Daun Semambu Antara Rahsia Cantik Selebriti Bollywood

Baca juga: Warisi kejelitaan ibu, Nysa Devgn buah hati Kajol makin meningkat dewasa

Naib juara dimenangi peserta dari Paraguay manakala tempat ketiga pula dari Afrika Selatan.

Pelakon dan model itu dinobatkan sebagai Miss Universe India 2021 pada Oktober lalu.

Harnaaz memulakan perjalanannya dalam pertandingan ratu cantik dengan menyertai Times Fresh Face pada tahun 2017.

Difahamkan, jelitawan itu kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam.

Pertandingan  ratu cantik yang berprestij itu menjadi batu loncatan kebanyakan jelitawan India menjadi terkenal di seluruh dunia. Tidak hanya cantik, mereka juga bijak. Beauty with brain, kebanyakannya dikenali ramai dan berjaya.

Berikut ialah senarai ratu cantik dari India yang berjaya di pentas Miss World dan Miss Universe terkenal sehingga ke hari ini.

Miss Universe

1994 – Sushmita Sen


Sushmita si tinggi lampai mencipta sejarah sebagai wanita India pertama merangkul gelaran Miss Universe. Pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang aviation, itu kemudian menjadi bintang Bollywood. Filem pertamanya ialah Dastak pada tahun 1996. Sushmita tidak berkahwin kerana menghidap Sindrom Addison memiliki dua anak angkat perempuan.

2000-Lara Dutta


Lara Dutta terdahulu memenangi Miss Intercontinental 1997. Selepas memenangi Miss Universe, dia menjadi aktres filem Tamil dan Hindustan. Antara filem dibintanginya ialah Andaaz dan Don 2.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Miss World

1966 – Reita Faria


Wanita India pertama memenangi gelaran ratu cantik di peringkat antarabangsa. Dia memilih untuk memberi tumpuan kepada pengajian perubatannya daripada filem dan peragaan. Faria kini menetap di Dublin bersama suaminya, David Powell.

1994-Aishwarya Rai


Selepas memenangi gelaran itu, Aishwarya muncul sebagai aktres berjaya Bollywood dan mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Abhishek Bachchan.

1997-Diana Hayden

Iklan


Berasal dari keluarga Anglo-India, Diana kini bertugas sebagai pengurus acara. Dia terdahulu memenangi gelaran ‘Femina Miss India’ pada tahun 1997.

1999 – Yukta Mookhey


Dibesarkan di Dubai, Yukta mendalami bidang zoologi dan mempunyai diploma dalam Sains Komputer. Dia juga menjadi pelakon filem Bollywood.

2000 – Priyanka Chopra


Dia adalah seorang pelakon, penyanyi dan penerbit filem. Malah Priyanka salah seorang selebriti India dengan bayaran tertinggi dan paling popular. Berkahwin dengan penyanyi Amerika Nick Jonas, Priyanka dilantik sebagai Duta Muhibah UNICEF nasional dan global untuk Hak Kanak-kanak pada tahun 2010 dan 2016. Malah jelitawan itu turut menerima anugerah Padma Shri (2016), Anugerah Filem Kebangsaan dan Anugerah Filemfare.

2017-Manushi Chhillar

Iklan


Mengikuti pengajian ijazah perubatan di Kolej Perubatan Kerajaan Bhagat Phool Singh, Manushi turut menbintangi filem-filem Bollywood.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya perbezaan antara pertandingan dan gelaran ratu cantik di peringkat antarabangsa.

Ada pelbagai gelarannya namun yang paling popular ialah Miss World, Miss Universe, Miss International dan Miss Earth. Lebih mudah, ramai yang menggelarnya  sebagai ‘Big 4 Pegeant.’

Miss World ialah pertandingan ratu cantik antarabangsa utama yang tertua diasaskan. Ia mula dipertandingkan pada tahun 1951 berpengkalan di London.

Miss Universe pula ialah pertandingan ratu cantik antarabangsa tahunan yang dikendalikan oleh penganjurnya yang berpengkalan di New York.

Manakala Miss International pula diasaskan di Tokyo, Jepun pada tahun 1960.

Miss Earth pula mula dipertandingkan pada tahun 2001 yang mempromosikan kesedaran alam sekitar, pemuliharaan dan tanggungjawab sosial.

Jangan lupa follow kami di Instagram!