PERSAHABATAN yang dibina tidak mudah terputus begitu sahaja. Jika bergaduh sekali pun, pasti akan berbaik semula.
Pun begitu, kisah seorang remaja yang sanggup ‘membunuh’ kawannya sendiri di Lampung Selatan, Pulau Sumatra, Indonesia baru-baru ini benar-benar mengejutkan semua pihak.
Mana tidaknya, suspek yang boleh dikatakan masih muda iaitu pada usia 17 tahun itu sudah ‘pandai’ menjadi mastermind pembunuhan.
Hanya dengan upah RP500,000 (RM147.67), seorang buruh binaan sanggup menjadi rakan subahat!
Lapor kompas.com, suspek yang dikenali dengan nama S dikatakan mengupah lelaki berusia 33 tahun terbabit untuk merogol dan membunuh mangsa.
Mangsa dikatakan dibunuh tanpa perikemanusiaan pada 30 November lalu di sebuah rumah kosong di Desa Sabah Balau sebelum ditemui orang ramai pada 5 Disember lalu.
Pada mulanya, suspek yang juga pelajar sekolah dianggap saksi kes, namun selepas siasatan lanjut dibuat pihak berkuasa, semuanya terbongkar.
Baca juga Buli Fizikal : Sering disindir miskin dan tak cantik buat suspek nekad bunuh kawan baik sendiri
Menurut laporan polis, hasil siasatan mendapati suspek dan mangsa sebelum ini pernah bergaduh.
"Disebabkan dendam, suspek kemudiannya mengupah lelaki berkenaan untuk membunuh mangsa. Pelaku juga sudah mengaku,” kata laporan itu.
Dalam perkembangan lain, buruh binaan yang dikenali dengan nama Alias DN itu dikatakan sudah mengenali mangsa selepas diperkenalkan suspek.
Baca juga Gurauan melampau, 5 sekawan temui ajal kerana hand sanitizer
Rata-rata saksi mendakwa hubungan antara mangsa dengan pelaku rapat kerana sering menerima hadiah berupa baju dan barang kosmetik.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Meskipun kes masih dalam siasatan, pengadilan harus ditegakkan.
Rata-rata netizen yang mengikuti perkembangan kes tersebut tidak menyangka dalang kejadian adalah kawan sendiri.
Apapun, memang menyeramkan apabila kenalan rapat sanggup merencana agenda pembunuhan gara-gara dendam.
Moga insiden malang ini menjadi iktibar kepada semua. #kitalaluibersama #kitajagakita