Gas bocor punca 8 rumah Flat Sri Johor, Cheras terbakar, berikut 9 tip kebakaran bangunan aras tinggi

Iklan
1

DI saat seluruh negara berduka kerana bencana banjir yang terjadi beberapa hari lalu, kebakaran lapan rumah di tingkat empat Blok 31, Perumahan Awam Sri Johor, Cheras meruntun perasaan.

Lapor Sinar Harian, kebakaran berlaku kira-kira jam 9.20 malam Ahad dipercayai bermula di bahagian tengah blok berkenaan sebelum merebak di keseluruhan tingkat.

Iklan
Iklan

Ia dipercayai berpunca daripada kebocoran gas.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim turut melawat lokasi kebakaran itu.

Iklan

Baca juga: Renjatan Elektrik Kerap Terjadi Semasa Banjir, Lakukan 17 Perkara Ini

Iklan

Apa yang korang perlu lakukan sekiranya terjadi kebakaran di bangunan aras tinggi?

Berikut panduan yang boleh diikuti:

Panduan Tindakan Kecemasan di Bangunan Tinggi

JIKA KEBAKARAN BERLAKU DI KEDIAMAN ANDA

-Ikuti rancangan melarikan diri, Keluarkan semua orang dan terus keluar.

-Tutup semua pintu di belakang semasa keluar untuk menghalang api dari merebak.

-Berjalan menuruni tangga terdekat atau jalan keluar kecemasan yang terdekat.

-Jangan menggunakan lif.

Baca juga: Letupan umpama petir, sekelip mata rumah bergegar, dua beranak melecur tong gas memasak meletup

JIKA ADA KEBAKARAN BANGUNAN TINGGI SELAIN KEDIAMAN ANDA

-Tutup semua tingkap dan pintu.

-Sentiasa bersama kecuali dinasihatkan oleh pihak Bomba.

-Hubungi talian 999. Jangan menganggap orang lain telah melakukannya. Dengan menghubungi 999, korang boleh menyelamatkan nyawa seseorang.

JIKA ANDA TERPERANGKAP DALAM KEDIAMAN ANDA

-Arahkan semua orang ke bilik yang selamat, jauh dari asap atau api.

-Hubungi talian kecemasan 999 dan beritahu lokasi, tingkat serta nombor pintu.

Baca juga: Kereta tenggelam banjir, jangan hidupkan enjin. Lakukan 9 tip ini

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Youtube Bomba Channel