BENCANA banjir yang melanda menyebabkan pelbagai kerosakan harta benda termasuk kenderaan.
Kenderaan yang ditenggelami air biasanya berhadadapan masalah kerosakan pada enjin serta komponen elektroniknya.
Baca juga: Jangan Cuci Dulu, Tangkap Gambar, Berikut 5 Tip Buat Tuntutan Insurans Kenderaan Selepas Banjir
Mungkin ada persediaan yang boleh dilakukan oleh pemilik kenderaan dalam menghadapi bencana bah di musim tengkujuh terutamanya di kawasan yang berisiko.
Misalnya membalutkan kereta dengan plastik seperti yang kita lihat menerusi video di luar negara.
Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial sebuah kereta ‘dibungkus’ dengan plastik sebagai persediaan hadapi banjir.
Video tersebut menunjukkan kereta yang dibungkus selepas berlakunya banjir, tetapi lokasinya di Malaysia.
Baca juga: Dokumen Hilang, Musnah, Mangsa Banjir Boleh Buat IC, Lesen, Pasport Percuma
Perkongsian video oleh Siti Zulaikha Amzan di Facebook menjadi tular di pelbagai platform di laman sosial. Malah ia dimuat naik semula ke laman TikTok.
Ketika dihubungi SinarPlus, Siti Zulaikha menjelaskan video asal adalah daripadanya dan telah dirakam pada tahun 2014 di Kemaman, Terengganu.
"Kami sudah cuba anda semua bila lagi? Beg kalis air,” tulisnya pada hantaran Facebook itu pada 2014.
Bagaimanapun video berkenaan menjadi tular di media sosial menyebabkan wanita berkenaan membuat hantaran baru berkenaan plastik berkenaan.
Baca juga: Mydin Mart Sri Muda Dipecah Masuk, Pengarah Urusan Halalkan Demi Kelangsungan Hidup
"Disebabkan viral plastik ni jadi kita post sekali lagi. Video ini video lama tahun 2014, masa ni adik-adik saya, Mohd Firdaus Adam dan Daniel Amzan masih kanak-kanak.
"Dalam simpanan ada video waktu buka sahaja. Video masa pasang sudah hilang.
Ramai yang kata plastik ini sangat tidak relevan kerana kata mereka banjir tidak boleh diramal. Itu tidak tepat.
"Memang betul bencana banjir tidak boleh diramal tapi bagi negeri-negeri yang biasa banjir mereka akan sentiasa bersiap sedia bila tiba musim tengkujuh. Ini salah satu ikhtiar. Selebihnya tawakal,” tulisnya.
Menurut Siti Zulaikha, plastik berkenaan dibeli bapanya di China.
"Ketika bapa saya beli pada tahun 2014, harganya dalam 200 yuen setiap satu. Jadi bapa saya beli 10 karton ketika itu.
"Beli 10 karton kerana bapa terfikir untuk menjualnya tetapi tiada yang berminat untuk beli. Jadi stok plastik itu kami gunakan sendiri dan hadiahkan kepada orang” katanya.
Melihat kesedaran orang ramai tentang kepentingan plastik itu, Siti Zulaikha berkata dia dalam perancangan untuk menjualnya.
Menariknya jika plastik ini ada dijual di Malaysia kan? Sekurang-kurangnya kita boleh membuat persediaan awal menghadapi banjir, terutamanya di kawasan yang terdedah.
Apabila kereta dibungkus dalam plastik, maka kerosakan akibat air banjir dan kekotoran lumpur dapat diminimumkan.
Tidak hanya kereta, ia juga boleh digunakan untuk perkakas elektrik dan perabot.
Baca juga: [10 FOTO] Situasi Banjir Di Pahang Menggerunkan, Ribuan Kediaman Dinaiki Air