BENCANA banjir yang menimpa Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam adalah yang terburuk dalam sejarah kejiranan itu.

Air banjir yang naik mendadak sehingga mencecah tiga meter susulan hujan lebat berterusan pada Sabtu lalu lagsung tidak dijangka. Banjir kilat itu juga menyebabkan ramai penduduk terperangkap di kediaman dan pelbagai lokasi di sana.

Tular di laman sosial foto dan video yang memaparkan orang awam memecah masuk Mydin Mart Seri Muda bagi mendapatkan makanan dan keperluan sekitar jam 1 hingga 2 petang Isnin.

Baca juga: Sri Muda ‘Trending’ Di Twitter, Keadaan Mangsa Terkandas, Proses Menyelamat Runtun Hati Rakyat Malaysia

Susulan dari itu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) Datuk Ameer Ali Mydin berkata, walaupun tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut, dia percaya bahawa individu terbabit mungkin terpaksa berbuat demikian dalam menghadapi situasi darurat.

“Sejujurnya saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut, namun dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.

“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya.

Baca juga: 1 Rumah 1 Beg Kecemasan, Siap Siaga Hadapi Bencana Alam, 11 Item Ini Perlu Ada

Iklan

“Bersama kita memanjatkan doa kepada Allah S.W.T agar mereka semua terselamat dan bencana banjir serta pandemik ini sedia pulih seperti biasa,” katanya.

Selain Mydin Mart, beberapa lagi kedai serbaneka telah dipecah masuk KK Mart, 7 Eleven dan Pasaraya Jimat.

 

Iklan

Baca juga: Jangan Cuci Dulu, Tangkap Gambar, Berikut 5 Tip Buat Tuntutan Insurans Kenderaan Selepas Banjir

Sumber: Twitter Mydin