BANJIR yang melanda seluruh negara memberikan impak yang besar terutamanya dari segi kerosakan harta benda termasuk kenderaan.

Kenderaan ditenggelami air atau dihanyutkan air, berhadapan dengan pelbagai kerosakan.

Bagi mangsa banjir di seluruh negara yang menghadapi kerosakan kenderaan dinasihatkan mengikuti tips yang dikongsikan oleh agensi insurans ini.

Paling penting jangan cuci kenderaan terbabit. Terlebih dahulu rakam foto atau video kenderaan korang dalam keadaan sedia ada.

Berikut adalah langkah yang perlu dilaksanakan dalam membuat tuntutan perlindungan tambahan bencana alam atau dalam istilah insuransnya, special perils cover atau perlindungan peril khas.

Gambar hiasan

Baca juga: Kereta Tenggelam Banjir, Jangan Hidupkan Enjin. Lakukan 9 Tip Ini

PROSES MEMBUAT TUNTUTAN KENDERAAN SELEPAS BANJIR

1. Rakam foto kenderaan yang terlibat sebagai bukti.

2. Hubungi hotline general insurans atau takaful.

3. Syarikat insuran atau takaful akan buat mengaturkan untuk untuk mengambil kenderaan korang.

4. Kenderaan yang terlibat banjir akan dibaik pulih oleh panel syarikat insuran atau takaful.

5. Bagaimanapun perlindungan banjir ni hanya boleh dituntut jika pemilik kenderaan mencarum mengambil Insurans Kereta Perlindungan Tambahan Peril Khas (Bencana Alam).

Bagi korang yang tidak mengambil perlindungan tambahan ini, maka segala kos membaik pulih ditanggung insurans.

Iklan

Sekiranya mengambil Insurans Kereta Perlindungan Tambahan Peril Khas (Bencana Alam) ini, korang dinasihatkan untuk terus hubungi syarikat insurans atau takaful kenderaan masing-masing.

Hulu Langat ibarat dilanda tsunami, 10 hilang di Pahang. Ini keadaan terkini banjir seluruh negara
Gambar hiasan

Baca juga: Selesai Cuci Rumah Boleh Masuk Kerja, Mangsa Banjir Dapat Cuti Kecemasan, Bantuan RM1,000

Berikut adalah nombor talian syarikat insurans atau takaful yang boleh di rujuk.

Iklan

1. Zurich : 1-300-88-6222
2. Etiqa : 1-300-13-8888
3. Alliance : 1-800-22-5542
4. AXA Affin : 03-7989-0310
5. Berjaya Sompo : 1-800-18-8033
6. AM General : 1800-88-6333
7. Kurnia : 1-800-88-3833
8. Pacific & Orient Insurance : 1 -800-88-2121
9. RHB : 1-300-220-007
10. Lonpac : 03-2262 8666
11. Tune : 1-800-22-8863
12. Liberty : 1-800-88-5005 / 8990
13. Takaful Ikhlas : 1-800-88-1186
14. Takaful Malaysia:1-800-888-788

Diharapkan langkah ini dapat membantu mereka gusar dengan keadaan kenderaan yang ditenggelami air.

Difahamkan menerusi pelindungan perils, kos membaik pulih kenderaan yang terlibat ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans atau takaful.

Sumber: DHijrah Risk Consultancy, [1]