Tanpa sengaja terhentam kepala keeper hingga temui ajal, pemain bola dirundung rasa bersalah

Iklan
2

SETIAP sukan ada risikonya. Namun tiada siapa menyangka kesannya sangat besar hingga mengakibatkan kematian susulan cedera di kepala.

Seorang penjaga gol pasukan bolasepak Tornado FC Pekanbaru, Indonesia, Taufik Ramsyah menghembuskan nafas terakhir selepas koma selama tiga hari.

Iklan
Iklan

Ia susulan insiden pertembungan Taufik dengan pemain bernama Andre Wilfrid dari pasukan Wahana FC ketika pemain itu cuba menerobos gawang gol.

Iklan

Suasana padang Universiti Riau menjadi cemas selepas penjaga gol berusia 20 tahun itu rebah.

Selepas hentaman, mulut dan hidung Taufik dilaporkan berdarah.

Iklan

Taufik yang mengalami kecederaan parah rebah tidak sedarkan diri terus dikejarkan ke pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan.

Hasil laporan pemeriksaan tomografi berkomputer (CT scan) mendapati tempurung kepalanya retak.

Baca juga: Ke mana tumpahnya kuah? Irfan, Ikhsan, Ilhan ikut jejak langkah Fandi Ahmad jadi bintang bola sepak

Selepas koma tiga hari dan menjalani pembedahan, penjaga gol berbakat itu pergi buat selama-lamanya pada 21 Disember lalu.

Justeru, kelab bola sepak Indonesia menitipkan rasa duka kehilangan bintang harapan dalam sukan itu.

Hingga ada rakan sepasukannya menziarahi pusara dengan membawa jersi nombor 1 dan menghamparkannya di atas perkuburan.

Susulan itu, Andre Wilfrid dihantui rasa bersalah. Andre mengakui hanya bermain seperti biasa tanpa ada niat untuk mencederakan Taufik ketika beraksi.

"Dia (Andre) berkata perkara yang berlaku di luar kawalannya. Ya, ia tidak sengajakan dan sebagai pemain, Andre tidak menjangkakannya. Dia tidak berniat untuk mencederakan," kata jurulatihnya, Agus kepada Detik.

Selepas mendengar berita kematian Taufik, pemain nombor 25 itu berasa kesal. Bagaimanapun, jurulatih memberikan sokongan dan galakan agar Andre tidak patah semangat.

Baca juga: Lari 367km sebulan, berbasikal 1,300km seminggu, 'terlebih' bersukan lelaki hampir maut, perut terpaksa dibedah

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Kompas, Mediablora, Detik.com