Selera Muhibbah Bufet di TGCR: Nikmati lebih 200 hidangan & semarakkan Ramadan dengan berkongsi rezeki

No Image Caption
A
A
A

BILA tiba bulan Ramadan, satu perkara yang paling dinanti-nantikan selain solat Tarawih pastinya momen berbuka puasa.

Tahun ini, Tropicana Golf & Country Resort (TGCR) kembali memeriahkan suasana dengan Selera Muhibbah Buffet 2026, yang dijangka memanjakan selera pengunjung dari 21 Februari hingga 19 Mac 2026.

Lebih 200 hidangan warisan dan moden Malaysia berputar setiap hari di 26 gerai, termasuk 10 stesen masakan secara langsung, satu pengalaman berbuka yang tidak akan dilupakan.

No Image Caption

Tetapi Ramadan di TGCR bukan hanya tentang makanan. Dalam semangat memberi dan berkongsi, pihak resort bersama rakan kongsi Adabi dan Mamee menganjurkan majlis bersama anak-anak yatim & rakan-rakan media.

Seramai 90 kanak-kanak dari Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Hajah Kamariah, Yayasan Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah, dan Pusat Tahfiz Darus Syabab diundang menikmati bufet istimewa, lengkap dengan duit raya, hamper dan beg hadiah. Setiap rumah juga menerima sumbangan tambahan, menambahkan keceriaan Raya mereka.

No Image Caption

No Image Caption

Tradisi berbuka puasa

Menurut Tan Sri Datuk Sri Mohamad Fuzi Harun, Pengerusi TGCR, bufet yang disediakn adalah hasil komitmen dan bakat pasukan TGCR dan cef.

"Lebih daripada 20 tahun, kami menjemput komuniti kurang bernasib baik untuk merasai pengalaman berbuka puasa bersama kami.

"Tahun ini, kami gembira dapat meneruskan tradisi ini dengan 90 kanak-kanak dari tiga rumah kebajikan," ujarnya.

Pengalaman berbuka di TGCR bukan sahaja soal hidangan lazat. Majlis turut memaparkan pembentangan hidangan terbaru seperti ayam mentega berkrim Delhi, ikan siraman lemon sutera, kambing rendang warisan, gulai bebek umbu Aceh, sajian hijau hutan belantara, dan manisan manis seperti karamel nenas bonda.

No Image Caption

No Image Caption

Untuk menambah meriahnya suasana, pengunjung dihiburkan dengan persembahan muzik kontemporari oleh band PJ Colours.

Selain rasa, pengalaman ini juga lengkap dengan dekorasi tradisional autentik, termasuk rumah kampung sebenar di pintu masuk, surau pusat baharu, serta tempat letak kereta luas dengan perkhidmatan buggy shuttle.

Bufet ini bermula daripada RM80 seorang, manakala untuk majlis persendirian, harga bermula daripada RM98++.

Selera Muhibbah Buffet 2026 bukan sekadar bufet; ia adalah pengalaman yang memadukan rasa, budaya, dan kegembiraan berkongsi sempurna untuk mereka yang mahu berbuka puasa sambil mencipta kenangan indah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang