Majlis ‘Dari Jiwa Turun ke Hati’, inspirasi rohani untuk komuniti Muslimah menjelang Ramadan

No Image Caption
A
A
A

BULAN Ramadan tidak hanya soal menyiapkan juadah berbuka atau mengemas rumah, ia juga masa untuk menyuburkan jiwa dan memperbaharui semangat rohani. 

Menyedari hakikat itu, Nieza Salon mengambil inisiatif mengangkat tema kerohanian melalui majlis bertajuk 'Ramadan dan Kita: Dari Jiwa Turun ke Hati', sebuah program khas yang menekankan persiapan hati dan jiwa sebelum menyambut bulan mulia.

Majlis tersebut dianjurkan bersama komuniti Legasi Muslimah dan beberapa rakan strategik termasuk Seri Wajah, Makcik Urut, UmmyWax, dan Kuku Love, dengan matlamat membantu Muslimah menyiapkan diri secara rohani, meningkatkan motivasi diri, dan menanamkan semangat untuk menjalani ibadah Ramadan dengan lebih bermakna.

Menurut pengasas Nieza Salon, Nursyahiera Masri, Ramadan adalah peluang untuk 'kembali pulang' kepada Pencipta. 

No Image Caption

Beliau menekankan bahawa persiapan menyambut bulan mulia harus bermula dari hati yang tenang dan jiwa yang bersih, bukan sekadar urusan duniawi seperti membeli juadah atau mengatur rutin harian. 

“ Kami mahu setiap wanita yang hadir merasai persediaan menyambut bulan mulia ini perlu bermula dari dalam diri. 

“Apabila jiwa tenang dan hati bersih, barulah ibadah terasa nikmatnya,” katanya.

Motivasi rohani

Lebih menarik lagi, majlis tersebut diserikan dengan beberapa penceramah selebriti dan tokoh agama untuk memberi panduan praktikal dan motivasi rohani. 

No Image Caption

Antara yang hadir ialah Ustazah Norbahyah dan Ustaz Wan Akasah, yang berkongsi tips membina keharmonian keluarga serta pengurusan emosi menjelang Ramadan. 

Sementara itu, Ustaz Kazim Elias mengupas tema utama majlis, 'Dari Jiwa Turun ke Hati', dengan penekanan pada keikhlasan hati dalam melaksanakan amalan ibadah sepanjang bulan puasa.

Selain sesi ilmu, peserta diberi ruang untuk berkongsi pengalaman, mengukuhkan ukhuwah, dan saling memberi motivasi bersama komuniti Muslimah yang hadir. 

No Image Caption

Aktiviti berkenaan diharap dapat membina keyakinan dan semangat menghadapi cabaran harian sambil mengejar pahala di bulan Ramadan.

“Ruang perkongsian ini bukan sekadar untuk menimba ilmu, tetapi juga sebagai pemangkin perubahan rohani. 

"Apabila kita bersedia secara mental dan rohani, ibadah Ramadan bukan lagi rutin kosong, tetapi pengalaman yang memberi ketenangan dan kepuasan,” jelas Nursyahiera.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang