Wanita diker@t pernah lari dari rumah, disyaki tewas di tangan tunang usia 71 tahun. 'Motif selisih faham & tuntutan wang pertunangan'

A
A
A

KEMATIAN tragis wanita dalam keadaan dipotong anggota badan di  Taman Indah Permai, Sepanggar menggemparkan negara.

Namun, kurang 24 jam penemuan jasad tidak sempurna di beberapa lokasi, polis akhirnya merungkai berjaya menahan suspek utama iaitu seorang lelaki berusia 71 tahun yang ditahan polis pada hari sama.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, pihaknya setakat ini telah berjaya menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes bunuh tersebut.

Katanya, bertindak atas maklumat dan risikan, pada jam 4.30 petang, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu telah menjalankan operasi di kawasan Kampung Sri Kenangan, Sepanggar.

Hasil maklumat saksi mendapati mangsa pernah dilihat berlari keluar dari sebuah rumah dalam keadaan cemas sebelum ditarik masuk semula oleh seorang lelaki.

Susulan itu, pada jam 8.10 malam hari yang sama, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu dengan kerjasama D7 dan D9 telah menahan seorang lelaki berumur 71 tahun  di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth II (HQEII).

Seterusnya pada jam 10.30 malam, seorang lagi lelaki berusia 19 tahun turut ditahan di sebuah unit kediaman di Taman Seri Maju Apartment, Sepanggar, kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.

Hasil siasatan lanjut, perselisihan faham berkaitan hubungan peribadi serta tuntutan pemulangan wang pertunangan dipercayai menjadi pembunuhan wanita berkenaan dan anggota badannya dikerat.

Syed Lot berkata, turut dirampas dalam tangkapan tersebut ialah beberapa barangan termasuk telefon bimbit, pakaian dipercayai dipakai semasa kejadian serta sebuah kenderaan jenis Nissan X-Trail.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan awal mendapati suspek utama mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan menyatakan motif dipercayai berpunca daripada perselisihan hubungan peribadi dan tuntutan wang pertunangan.

"Hubungan suspek dan mangsa dipercayai sebagai tunang.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan," katanya.

Tambah beliau lagi, kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, media melaporkan penemuan ngeri jasad wanita dipercayai dipotong-potong di tempat pembuangan sampah. PAda jam kira-kira jam 6.30 pagi Khamis, bahagian tapak tangan hingga ke pangkal bahu dan kaki , tapak kaki hingga ke pangkal paha ditemui pekerja kutipan sampah.

Kira-kira  11.40 pagi, bahagian  kepala dan badan pula ditemukan. Kedua-dua anggota berkenaan ditemukan di tempat pembuangan sampah lain.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang