Mata cedera terkena bola pickleball, Aaron Aziz perlu dititis ubat setiap setengah jam. 'Maaf pihak produksi...'

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Datuk Aaron Aziz mendedahkan keadaan mata kirinya yang cedera selepas terkena bola ketika bermain sukan pickleball.

Menerusi Instagram, pemilik nama Aaron Mustapha Aziz, turut berkongsi video yang memaparkan imbasan (scan) pada bahagian mata kirinya yang terjejas.

Pelakon Sheriff: Narko Integriti itu turut membuat permohonan maaf kepada jenama pakaian, Muaz dan syarikat produksi, Metrowealth International Group (MIG) susulan tidak dapat hadir melakukan tuntutan kerjanya.

“Ini adalah keadaan mata kiri saya yang cedera. Minta maaf kepada pihak produksi MIG dan jenama Muaz tak dapar hadir (tuntutan kerja).

“Pihak hospital tak benarkan saya keluar. Doktor perlu titik ubat di mata saya setiap 30 minit,” katanya.

Dalam hantaran sama, Aaron turut memuat naik video memaparkan momen mata kirinya terkena bola ketika bermain sukan pickleball.

Menjengah ke ruangan komen, warganet termasuk rakan selebriti menitipkan doa agar Aaron segera sembuh.

Artikel Berkaitan:

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang