'I asked, she said yes'—Dari kolaborasi jadi cinta, Syed Saddiq umum bertunang dengan Bella Astillah

No Image Caption
A
A
A

AKHIRNYA teka-teki yang berlegar sejak sekian lama terjawab dengan satu pengumuman yang cukup menyentuh hati.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memilih untuk berkongsi detik bermakna dalam hidupnya, satu langkah besar bersama insan istimewa, Bella Astillah.

Menerusi perkongsian di media sosial, Syed Saddiq mengumumkan bahawa mereka bakal melangsungkan pertunangan pada hari ini, 28 Mac 2026.

Lebih menguatkan rasa, kata-kata yang dititipkan cukup ringkas tetapi sarat makna.

“I asked, she said yes. Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita. Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan," ujarnya.

Lebih menarik, hubungan yang terjalin bukan sekadar bermula dari rasa, tetapi daripada sebuah kerjasama yang membawa manfaat besar.

Menurutnya, kolaborasi yang pada awalnya dilakukan secara profesional berjaya mengumpul lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa disangka turut menyatukan dua hati.

“Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati. ALLAH SWT sebaik-baik perancang,” kongsinya lagi.

No Image Caption

Difahamkan, majlis pertunangan pasangan ini dijangka berlangsung sekitar jam 3 petang di ibu negara dalam suasana yang sederhana namun penuh makna. Mengikut adat, mereka memilih untuk melalui fasa pertunangan terlebih dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Apa yang mencuri perhatian, persiapan ke arah hari bahagia itu sebenarnya sudah pun bermula.

Sumber mendedahkan bahawa lokasi resepsi telah ditempah lebih awal, malah perancangan termasuk pemilihan jurumekap yang berbeza untuk majlis akad nikah dan persandingan turut dibuat dengan teliti.

Namun begitu, tarikh rasmi pernikahan masih menjadi rahsia buat masa ini, mungkin memberi ruang untuk pasangan ini menikmati momen indah pertunangan tanpa tekanan.

Apa pun, pasangan ini dilihat cukup sepadan, bukan sahaja dari segi personaliti tetapi juga nilai yang dibawa bersama. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan perjalanan ke fasa seterusnya berjalan lancar, seperti yang diharapkan ramai.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang