'Mohon doakan kebahagiaan untuk kami dan anak-anak. ' Dang Suria kini isteri Malek Rahman, terima mas kahwin RM7,000

No Image Caption
A
A
A

PENGACARA dan wartawan penyiaran terkenal Dang Suria Zainurdin dilaporkan sah bergelar  isteri kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Malek Rahman.

Memetik Gempak, personaliti televisyen itu melangsungkan ijab kabulnya pada Sabtu dan beberapa keping foto memaparkan pasangan pengantin dikongsikan Malek menerusi akaun Threads.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan usia untuk kembali merasai nikmat perkahwinan.

"Semoga ikatan cinta dua hati ini kekal sehingga jannah. Doakan kebahagiaan ini berkekalan hingga akhir hayat. Malek Rahman sudah 'off market'," tulis Malek.

No Image Caption

Menerusi hantaran yang sama,Malek, 56, juga berkongsi menyerahkan RM7,000 kepada Dang Suria, 54, sebagai mas kahwin.

Namun setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada Dang Suri berhubung perkahwinan ini sebaliknya berkongsi hantaran memohon doa kebahagiaan keluarga daripada warga maya.

"Bismillahirrahmannir rahim. Dipimpin dalam doa dan dipertemukan dalam tenang.

"Dalam sujud, kami berserah.

Artikel Berkaitan:

"Mohon doakan kebahagiaan untuk kami dan anak-anak," kongsinya.

No Image Caption

Untuk rekod, Dang Suria pernah menikah dengan pengulas sukan, Abu Bakar Atan dan penulis lirik, Ad Samad. 

Sumber: Gempak, Instagram

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang