21 tahun kahwin isteri tak pernah tukar cadar sendiri, ini cara sweet Faizal Hussein hargai Isteri

No Image Caption
A
A
A

SETIAP lelaki mempunyai cara tersendiri meluahkan kasih sayang kepada isteri. Di sebalik watak maskulin dan antagonis, aktor  Faizal Hussein mendedahkan 'love language' buat suri hati tersayang ialah melakukan kerja-kerja rumah.

Baru-baru ini, Faizal atau nama sebenarnya Mohd Faizal Hussein berkongsi cara sederhana yang dilakukannya untuk menunjukkan kasih sayang kepada isteri, Suhaila Sulaiman yang diamalkan sejak awal perkahwinan.

No Image Caption

Menurutnya, walaupun ramai beranggapan kerja rumah tertentu biasa dilakukan wanita, pemegang watak Walid dalam drama bersiri Bidaah itu memilih untuk melakukannya sendiri sebagai tanda menghargai pasangan.

“Daripada kami kahwin sampai ke hari ni, isteri saya tak pernah tukar cadar sekali pun. Saya yang tukar cadar sampai hari ni,” jelasnya.

Ujar Faizal, kewujudan perabot rumah moden seperti tilam yang berat membuatkan dia merasakan tugas itu lebih sesuai dilakukan oleh lelaki.

No Image Caption

“Kalau dulu itu seharusnya menjadi kerja seorang wanita, tapi di zaman-zaman tilam spring yang tebal-tebal tu, yang berat-berat tu, itu bukan lagi kerja seorang wanita, itu kerja seorang lelaki,“ jelasnya lagi.

Selain menukar cadar, Faizal juga dengan rela melakukan pelbagai kerja rumah lain seperti membersihkan rumah, menyedut habuk dan mengemas persekitaran.

Artikel Berkaitan:

Ujar Faizal, hal-hal kecil seperti itu sebenarnya memberikan bahasa cinta yang mustahak dalam menjaga hubungan.

Sekadar info, Faizal berkahwin dengan Suhaila pada 3 Julai 2004.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fazryn, 21, dan Fazrick, 18.

Sumber: TikTok heyluvmichelle

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang