Anak Linda Rafar raih 9A dalam SPM 2025- 'Ini hasil doa seorang ibu'

No Image Caption
A
A
A

DEBARAN pagi tadi bukan sekadar tentang sekeping slip keputusan.

Ia tentang doa yang tak pernah putus, air mata yang diam-diam jatuh, dan harapan seorang ibu yang dipeluk erat oleh anaknya sendiri.

Begitulah momen yang dirasai pelakon Linda Rafar apabila berkongsi kejayaan anaknya, Syed Rezaqiib Syed Kamaruzaman Al-Yahya, melakar kejayaan manis dengan meraih semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menerusi perkongsian di Instagram, Linda berada di sisi anaknya melangkah ke hadapan menerima slip keputusan daripada guru kelasnya.

Dalam suasana yang sarat debar, jelas terpancar wajah lega dan syukur,  apabila guru tersebut mengumumkan anak lelakinya itu menjadi satu-satunya pelajar di dalam kelas berkenaan yang memperoleh semua A (9A).

No Image Caption

Sorakan dan tepukan gemuruh serta ucapan tahniah daripada rakan-rakan sekolah mengiringi langkahnya, seolah-olah menjadi simbol bahawa usaha keras sentiasa ada saksi, dan kejayaan itu turut dikongsi bersama.

Paling menyentuh hati pastinya momen si ibu yang tampil dalam persalinan jubah kelabu dilihat memeluk erat anak lelakinya itu.

Pelukan itu bukan sekadar tanda bangga, tetapi juga bahasa kasih seorang ibu yang memahami setiap jatuh bangun anaknya.

Tahniah buat Rezaqiib atas keputusan cemerlang tersebut. 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang