Zizi Kirana, Yusuf Bahrin bercerai talak satu, ikatan perkahwinan hampir 5 tahun terlerai

No Image Caption
A
A
A

IKATAN perkahwinan selebriti Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana yang hampir berusia lima tahun akhirnya terlerai selepas kedua-duanya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Khamis.

Peguam syarie yang mewakili Zizi yang dikenali sebagai Haiza ketika ditemui SinarPlus memaklumkan talak telah dilafazkan kepada anak guamnya.

"Prosiding pada hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling adalah satu permohonan perceraian di bawah seksyen yang mana pihak-pihak iaitu Zizi dan juga Yusof kedua-duanya bersetuju untuk permohonan perceraian ini dan pada hari ini, di mahkamah di hadapan Hakim Muhammad Syafiullah Hamzah telah direkodkan satu lafaz perceraian Yusof terhadap Zizi dengan talak satu secara rajie.

"Jadi keduanya dapat menjalankan kes pada hari ini dengan baik. 

"Itu sahajalah yang kita nak jelaskan pada hari ini," kongsinya.

Terdahulu, pasangan tersebut tiba di mahkamah kira-kira jam 8.40 pagi. 

Sekadar info, Yusuf dan Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah binti Mad Tahil, 41, berkahwin pada September 2021 selepas sebulan bertunang.

Kedua-duanya berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang