Nelydia Senrose umum hamil pada anniversary ketujuh. 'Terasa seperti satu degupan jantung'

No Image Caption
A
A
A

ALHAMDULILLAH tahniah diucapkan pelakon Datin Nelydia Senrose yang hamil anak pertamanya selepas tujuh tahun menunggu.

Nelydia yang menyambut ulang tahun ketujuh pada hari ini berkongsi berita gembira bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

No Image Caption

"Tujuh tahun yang indah, saling mencintai kini terasa seperti satu degupan jantung.

"Selamat ulang tahun perkahwinan ketujuh buat kita. #BismillahiMasyaALLAH" kongsinya.

Isteri kepada Datuk Hafez Halimi itu turut memuat naik video menampakkan baby bump.

No Image Caption

Khabar gembira itu menerima pelbagai reaksi positif para peminat dan rakan selebriti.

Masing-masing teruja dengan berita kehamilan Nelydia.

Artikel Berkaitan:

"Tahniah B."

"Masya-ALLAH Tabarakallah. I'm happy for both of you. Alhamdulillah Ya ALLAH."

Pelakon, Datin Intan Najuwa berkongsi bahawa kehamilan Nelydia sudah dijangka olehnya.

"Alhamdullilah. Congratulations! Last time bumped into you dekat Prince court I dah agak. So happy for you," titipnya pada komen.

Sekadar info, Nelydia berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada 6 April 2019.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang