Rezeki Akira Juwita Zahra! Shuib & Watie terkesima terima gift TikTok, jualan cecah RM81,000

No Image Caption
A
A
A

PELAWAK Shuib dan isteri, Watie Hanafiah menimang cahaya mata perempuan pada petang Isnin.

Menerusi portal media tempatan, pasangan usahawan itu berkongsi nama yang dipilih cahaya mata kelimanya itu yang dikatakan selaras dengan nama anak keduanya, Dzakira Thalita Zahra, 13. 

No Image Caption

"Nama Akira Juwita Zahra dipilih oleh Watie kerana hendak samakan dengan nama Thalita," dedahnya kepada mStar.

Dalam hantaran di Insta Story, Shuib juga berkongsi si kecil itu telah menerima pelbagai gift yang terkumpul melebihi RM80,000 pada sesi penstriman langsung di laman sosial TikTok malam tadi.

No Image Caption

"Ya ALLAH, awak nak bayarkan bil hospital ke ni? Ya ALLAH. Awak betul-betul hendak bayarkan bil saya ni.

"Akira, rezeki Akira," tutur Shuib.

Dalam pada  itu, Watie pula berkongsi jumlah terkumpul RMRM81,418.48.

Artikel Berkaitan:

"Alhamduillah rezeki baby malam ni, terima kasih yang support beg kuning mommy dan daddy," titipnya.

Sekadar info, Watie atau nama penuhhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah bersalin di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara.

Watie dan Shuib diijab kabul pada 23 Jun 2023. 

Shuib terdahulu memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, 15, Dzahira Talita Zahra, 13, Ariq Matin, 10, Ayash Affan, 5.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang