'Apa amalanmu anak, dikunjungi makhluk ciptaan ALLAH' – Kisah kubur Andre Mikhail buat ramai tersentuh
ANAK sulung Amyza Aznan, Andre Mikhail kembali ke rahmatullah pada 23 Februari lalu nyata meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja buat keluarga, malah warganet.
Bagi ibunya, Amyza Aznan, rutin menziarahi pusara anak tersayang setiap hari menjadi pengubat rindu. Namun terselit kisah yang membuat ramai tersentuh.
Menerusi video dimuat naik Amyza, pusara Andre di Tanah Perkuburan Ukay Perdana dihinggapi burung-burung.
"Apakah rahsia amalanmu anak. Kamu disayangi dan didoakan oleh ribuan hamba ALLAH, bukan sahaja oleh manusia tetapi istanamu dikunjungi oleh makhluk ciptaan ALLAH yang lain.
"Al fatehah anak solehku Andre Mikhail bin Khairil Izhar," titip Amyza.

Warganet termasuk rakan dan ahli keluarga tersentuh dengan perkongsian Amyza mengimbas kebaikan Allahyarham membantu pelakon itu menguruskan rumah tangga.
"Maksud kubur dipenuhi burung merpati sering dikaitkan dengan petanda kebaikan, keikhlasan amal jariah, dan tanda husnul khatimah (pengakhiran yang baik) bagi si mati."
"Dia anak soleh Kak Mija. Andre banyak tolong family, jaga adik-adik macam ketua keluarga. Masa saya tengok dulu, dia tak pernah lalai dengan tanggungjawab. Masa Abang Busu sakit, dia banyak jaga adik-adiknya. Ayden selalu cerita Andre jaga bila mommy kena jaga daddy. Subhanallah. He was such a good boy."
"Masya-ALLAH, dia anak yang baik dan sentiasa mendapat redamu ibu. Itulah amalan arwah."
"Anak taat kepada ibu, sehingga burung datang berzikir untukmu."
"Masya-ALLAH, rahsia ALLAH yang tahu kerana hanya DIA Maha Mengetahui," ujarnya lagi.
Allahyarham Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru tahap empat menghembuskan nafas terakhir pada 10.15 malam, 23 Januari lalu selepas beberapa hari dimasukkan ke wad Hospital Kuala Lumpur.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
