'Saya bukan enabler' – Intan Ladyana ulas isu ‘microcheating’ Harris Alif, tegas pegang prinsip isteri

No Image Caption
A
A
A

BILA satu klip dari ruang permainan atas talian mula tular, ia terus mencetuskan pelbagai tafsiran hingga mengheret nama pasangan selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif ke ruang perbualan netizen.

Apa yang asalnya sekadar interaksi maya, tiba-tiba berubah menjadi isu hangat yang membuka semula persoalan tentang batas, kepercayaan serta cara masyarakat menilai hubungan di era digital yang serba pantas ini.

Namun bagi Intan, dia memilih untuk tidak cepat melatah dengan spekulasi yang belum tentu arah hujungnya.

Memetik perkongsian Intan kepada Gempak baru-baru ini, dia mengakui lebih selesa melihat situasi itu dari sudut luar tanpa mencampuri hal yang tidak melibatkan dirinya secara langsung.

“Kalau dakwaan curang atau salah faham itu kena tanya pihak yang terlibat. Saya tak ada kena mengena, bukannya saya yang dikatakan curang.

“Saya ibarat pihak ketiga, tidak berada dalam situasi itu. Jadi, kena tanya pada mereka yang berkenaan,” katanya.

No Image Caption

Nada tenang itu memperlihatkan pendekatan Intan yang lebih berhati-hati dalam memberi reaksi terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan.

Dalam masa sama, Intan turut menegaskan pendiriannya sebagai seorang isteri yang mempunyai prinsip jelas dan tidak mudah terikut dengan emosi atau persepsi luar.

“Saya sebagai isteri saya boleh cakap saya bukan enabler. Apa yang salah itu tetap salah dan apa yang betul tetap betul. Jadi kena tahu sendiri batas macam mana. Insya-ALLAH tidak akan berlaku lagi.

“Saya tahu batas saya, dia pun tahu batas dia, lebih senang begitu. Tak perlu macam nak kontrol, diri sendiri kena tahu.

“Sendiri kena faham apa batas yang perlu kita jaga, walaupun dekat dalam game atau berlakon, kena tahu.

“Kalau kita tak tahu, dengar orang cakap jangan begitu, jangan begini, susah juga. Kita sendiri kena ada pemahaman,” ujarnya lagi.

Bagi Intan, hubungan tidak boleh hanya bergantung pada kawalan luar, sebaliknya perlu lahir daripada kesedaran diri masing-masing tentang had yang perlu dijaga.

No Image Caption

Menariknya, Intan turut mengambil pendekatan lebih terbuka apabila enggan menyalahkan mana-mana pihak yang terlibat dalam isu berkenaan.

“Tapi saya tak adalah nak salahkan perempuan itu atau Harris. Mereka sendiri kena tahu, kalau mereka rasa apa yang mereka buat itu salah atau betul itu adalah pandangan masing-masing,” ujarnya.

Pendekatan itu memperlihatkan dia memilih untuk tidak menjadi hakim kepada situasi yang sedang diperkatakan ramai.

Sebelum ini, Harris tampil menafikan dakwaan netizen yang mengaitkan dirinya dengan isu ‘microcheating’.

Menurutnya, video yang tular itu hanyalah sebahagian daripada tuntutan watak bernama Tommy dalam aktiviti roleplay (RP) sebuah permainan atas talian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang