Anak bini terpaksa tidur di kedai, Zul Yahya didakwa berdepan ujian hidup, perniagaan tak stabil?

No Image Caption
A
A
A

BEKAS pelakon Zul Yahya didakwa sedang melalui fasa sukar apabila perniagaan makanan yang diusahakannya dikatakan kurang stabil, sehingga turut menjejaskan kewangan keluarganya.

Hal berkenaan tular selepas seorang pengguna laman sosial berkongsi keadaan Zul menerusi untaian tular di Threads.

Daripada hantaran yang dikongsikan semula seorang pengguna media sosial itu, pelakon drama komedi Pepaya dan ahli keluarga didakwa terpaksa tinggal di premis perniagaan.

No Image Caption

Warganet, Azrul Hanaffi yang  mendakwa Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya, 53 sedang berdepan kesukaran hidup susulan bil utiliti kediaman yang perlu dilangsaikan.

“Saya baru tengok siaran langsung Zul, dia cakap bisnes kedai makan sedang teruk, anak bini kena tidur dekat kedai dan bil TNB (elektrik) rumah tertunggak.

“Dia cadang nak cari tempat yang ada orang ramai, tapi modal tak cukup,” kongsinya.

Menerusi hantaran sama, Azrul menyeru orang ramai agar membantu meringankan beban Zul yang kini cuba bangkit meneruskan perniagaan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

“Saya pun dapat sedekah yang mampu sahaja. Kalau awak semua sudi tolong, cuba hubungi dia. Insya-ALLAH moga dipermudahkan,” katanya.

Sementara itu, menerusi sebuah video tular, Zul mengakui memerlukan wang sebanyak RM15,000.

No Image Caption

"Saya berterima kasih kepada anda semua yang transfer. Terima kasih. Subhanallah, saya doakan semoga ALLAH permudahkan urusan kehidupan kalian dunia akhirat dan dikurniakan kesihatan baik.

"Saya perlukan RM15,000 dalam masa terdekat, pening kepala. Tak tahulah kalau kalian berada di tempat saya ini," kongsinya.

Terdahulu, Zul berpindah ke Ipoh, Perak membuka restoran steambot serta barbeku. Dia kemudian menjenamakan semula perniagaannya kepada Zul Yahya Recipe dengan konsep masakan kampung, selain turut menyertai pelbagai karnival jualan makanan.

Zul juga pernah membuka sebuah restoran di Seksyen 13, Shah Alam pada tahun 2005.

Sumber: Threads, TikTok

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang